Utusan Borneo (Sarawak)

Lima maut dalam kebakaran lombong

-

LIMA: Seorang hakim yang menjadi tumpuan utama bagi skandal salah guna pengaruh utama dalam sistem kehakiman Peru telah diberkas, menurut pendakwa raya kelmarin.

Pihak polis memberkas Walter Rios sebagai sebahagian siasatan selepas rakaman audio yang mencetuska­n skandal mengenai penyalahgu­naan pengaruh dan penjualan hukuman, pendakwa raya hal ehwal dalaman Jaime Velarde menyatakan di dalam Twitter.

Rakaman audio itu disiar- kan dalam laman sesawang kewartawan­an siasatan IDLReporte­ros dan program Panorama di stesen televisyen Canal 5.

Rios merupakan hakim pertama yang ditahan dalam siasatan.

President Martin Vizcarra telah memecat menteri kehakiman Salvador Heresi pada Jumaat lepas selepas penyebaran rakaman audio dan pelantikan jawatankua­sa enam juri diketuai bekas kaunselor Allan Wagner, memberikan mereka masa 12 hari untuk mengemu- kakan cadangan perubahan kehakiman.

Skandal rakaman itu telah menahan lapan orang mangsa sebelum Heresi, dengan lima orang hakim dan tiga orang pegawai kehakiman telah digantung tugas sebelum itu pada Jumaat lepas.

Terdapat satu perasaan ‘deja vu’ di Peru, di mana dua bekas presiden iaitu Alberto Fujimori pada 2000 dan Pedro Pablo Kuczynski pada Mac, dijatuhkan oleh rakaman audio atau video penyamaran. — AFP J O H A N N E S B U R G : Sekurang- kurangnya lima orang pelombong di Afrika Selatan telah terkorban kelmarin selepas satu kebakaran di bawah tanah, menurut pihak kerajaan, ketika operasi menyelamat dilakukan untuk satu-satunya mangsa terselamat.

Sebuah alat pengangkut di sebuah lombong yang dijalankan Palabora Copper di wilayah timur laut Limpopo telah terbakar, memerangka­p enam kakitangan di bawah tanah, menurut pihak syarikat.

“Lima pekerja telah disahkan mati di Palabora Mining.

“Pencarian untuk seorang pekerja masih diteruskan,” tulis Jabatan Sumber Mineral di Afrika Selatan dalam akaun Twitternya.

“Satu siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pekerja terakhir telah ditemui dan kebakaran bawah tanah telah dikawal serta kawasan telah disahkan sebagai selamat.”

Dalam kenyataann­ya, Palabora Copper menyatakan bahawa pengurusan lombong, pegawai dari Jabatan Sumber Mineral dan pihak buruh terancang kini berada di dalam lombong bagi menyiasat punca insiden.

Afrika Selatan digegarkan beberapa kemalangan maut di lombong utama dari segi ekoomi sejak awal tahun ini.

Empat pelombong terbunuh selepas satu insiden di sebuah lombong emas yang dijalankan Sibanye Stillwater pada bulan lepas.

Pada awal tahun ini, 955 pekerja di sebuah lagi lombong emas Sibanya terperangk­ap di bawah tanah lebih sehari selepas bekalan elektrik terputus akibat kemaraan ribut namun mereka telah berjaya diselamatk­an tanpa sebarang kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia