Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung di Papua Barat bertindak melampau susulan satu kematian akibat dibaham buaya

-

JAKARTA: Ratusan penduduk kampung bersenjata­kan pisau, tukul dan belantan membunuh 292 ekor buaya dalam tindakan balas dendam atas kematian seorang lelaki yang dibaham seekor buaya di sebuah ladang ternakan, menurut seorang pegawai Indonesia.

Gambar yang dikeluarka­n agensi berita Antara menunjukka­n timbunan bangkai buaya berlumuran darah di daerah Sorong di wilayah timur Papua Barat.

Ketua Agensi Pemulihara­an Sumber Semulajadi Indonesia di Papua Barat menyataka mangsa, 48, memasuki ladang buaya dan kemungkina­n mengambil rumput untuk makanan haiwan ternakanny­a ketika diserang.

“Seorang pekerja mendengar seseorang menjerit meminta tolong, beliau segera pergi ke sana dan melihat seekor buaya menyerang seseorang,” kata Basar Manullang.

Selepas pengebumia­n lelaki itu Sabtu lepas, penduduk kampung memasuki ladang dan membunuh kesemua buaya di situ, menurut Manullang.

Manullang menyatakan ladang itu telah diberikan lesen untuk menternak buaya air masin yang dilindungi dan buaya New Guinea pada 2013 bagi pemelihara­an dan juga untuk mendapatka­n hasil daripada haiwan tersebut.

Namun salah satu syarat adalah reptilia itu tidak mengganggu penduduk, terang beliau.

“Bagi menghalang perkara ini berulang, pemegang lesen perladanga­n perlu memagar kawasan sekeliling,” kata Manullang.

Beliau menyatakan agensinya sedang membantu dengan pihak polis dalam siasatan mereka.

“Buaya adalah makhluk Tuhan yang juga perlu dilindungi,” jelas Manullang. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? KEJAM: Penduduk tempatan mengerumun­i bangkai ratusan buaya yang dibunuh mereka di sebuah ladang ternakan di daerah Song, Papuua Barat Sabtu lalu dalam gambar serahan Antara Foto kelmarin.
— Gambar Reuters KEJAM: Penduduk tempatan mengerumun­i bangkai ratusan buaya yang dibunuh mereka di sebuah ladang ternakan di daerah Song, Papuua Barat Sabtu lalu dalam gambar serahan Antara Foto kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia