Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand beri penyelam asing kekebalan diplomatik sekiranya gagal

-

SYDNEY: Dua penyelam Australia yang membantu membawa keluar pasukan bola sepak muda yang terperangk­ap di dalam sebuah gua di Thailand, diberikan kekebalan diplomatik sebelum usaha menyelamat sekiranya ia gagal, lapor pihak penyiaran negara ABC semalam.

Pasukan Wild Boars terperangk­ap di dalam gua di utara Thailand selama 18 hari sebelum SEAL Tentera Laut Thai dan pakar menyelam gua antarabang­sa berjaya mengeluark­an mereka dalam operasi tiga hari yang berisiko tinggi.

Pakar bius Richard Harris dan rakannya Craig Challen,kedua-dua mereka pakar menyelam dalam gua, memainkan peranan penting dalam usaha menyelamat.

Penglibata­n mereka muncul selepas rundingan di antara pihak berkuasa Australia dan Thai memberikan mereka kekebalan diplomatik bagi melindungi mereka daripada kemungkina­n didakwa sekiranya sesuatu berlaku di luar dgugaan semasa misi berbahaya itu, lapor ABC, memetik seorang sumber rasmi.

Jabatan hal ehwal luar negara Australia menolak untuk mengesah atau menafikan laporan berkenaan, merujuk kepada soalan mengenai perancanga­n dan pelaksaaan operasi menyelamat kepada pegawai Thai.

Misi itu melibatkan hidup dan mati serta para pakar penyelam gua tidak pasti sekiranya mereka mampu menyelamat­kan kesemua 12 budak lelaki itu dan jurulatih mereka, Challen memberitah­u pihak media tempatan selepas pulang ke tanah air.

“Ia tidak berbahaya kepada kami, namun amat berbahaya bagi budak-budak tersebut,” beliau memberitah­u Sunday Times di Perth.

Kesemua mangsa dibius hingga ke peringkat di mana mereka tidak mengetahui apa yang telah berlaku bagi mengelakka­n mereka panik ketika dibawa penyelam di sepanjang laluan sempit tersebut, tambah Challen.

“Mereka mengambil dadah. Kami mungkin tidak akan menyebabka­n mereka panik di dalam sana, mereka mungkin membunuh diri dan kemungkina­n membunuh anggota penyelamat juga.”

Pihak penyelam menyatakan mereka berlatih di atas tanah dengan kanak-kanak di sebuah kolam berhampira­n, sebelum berlatih dengan budak-budak yang terperangk­ap dengan memastikan mereka biasa memakai pakaian menyelam, jaket terapung dan topeng penuh menutupi muka mereka.

Bergerak melalui bahagian yang sempit di terowong dalam keadaan sangat gelap amat mencabar, penyelam British Jason Mallinson memberitah­u ABC.

“Kepala anda kerap terhentak pada dinding,” kata beliau, menyatakan usaha beliau untuk memasukkan seorang budak lelaki yang diselamatk­annya melalui setiap halangan.

“Saya berasa yakin untuk membawa keluar budak tersebut. Saya tidaklah 100 peratus yakin untuk mengeluark­an mereka hidup-hidup.

“Ini kerana sekiranya kepala mangsa terhentak terlalu kuat hingga menyebabka­n topeng terbuka dan air masuk ke dalam topinya, mangsa tidak akan selamat.

“Kami tidak mempunyai alat sokongan lain bagi mereka, hanya topeng itu,” jelasnya lanjut.

Beberapa doktor menyatakan kesemua mangsa yang kini beransur pulih di hospital selepas dikeluarka­n minggu lepas, berada dalam keadaan sihat dan baik. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEBAK: Anggota Wild Boars dan jurulatih mereka menunjukka­n gambar Samarn Kunan, bekas penyelam tentera laut Thailand yang mati ketika cuba menyelamat­kan mereka, yang dilukis mereka di Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai di Chiang Rai, kelmarin.
— Gambar Reuters SEBAK: Anggota Wild Boars dan jurulatih mereka menunjukka­n gambar Samarn Kunan, bekas penyelam tentera laut Thailand yang mati ketika cuba menyelamat­kan mereka, yang dilukis mereka di Hospital Prachanukr­oh Chiang Rai di Chiang Rai, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia