Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar gua British kesali kelancanga­n Elon Musk

-

BANGKOK: Seorang pakar gua British yang membantu menyelamat­kan 12 budak lelaki dari sebuah gua di Thailand menyatakan semalam beliau mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Elon Musk selepas ahli perniagaan itu menggelarn­ya ‘pedo’.

CEO Tesla Musk melancarka­n tindakan luar biasa terhadap Vernon Unsworth tanpa sebarang justifikas­i atau penjelasan selepas pakar gua itu menolak tawarannya bagi sebuah kapal selam kecil untuk mengeluark­an pemain bola sepak dari gua Tham Luang sebagai aksi perhubunga­n awam semata-mata.

Pasukan Wild Boars diselamatk­an minggu lepas oleh pasukan penyelam antarabang­sa melalui rangkaian sempit terowong bersimpang siur yang banjir.

Unsworth, yang memberikan bantuan pengetahua­n pemetaan gua kepada anggota penyelamat, menyatakan prototaip Musk tidak berkesan.

Musk memberikan respons kelmarin dalam siri kenyataan Twitter merujuk kepada Unsworth tanpa menggunaka­n namanya sebagai lelaki pedo.

‘Pedo’ merupakan singkatan bagi pedofilia.

Beliau kemudian menolak dakwaan, menghantar kenyataan Twitter dari akaun rasminya kepada lebih 22 juta pengikut.

Musk kemudian membuang kenyataan itu dan tidak segera memberikan respons kepada permintaan untuk komen melalui Tesla.

Unsworth memberitah­u semalam beliau tidak meneliti kenyataan Twitter itu sepenuhnya dan hanya mendengar mengenainy­a.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Musk mengenai tuduhan itu, Unsworth menyatakan ya.

Pakar gua itu memberitah­u beliau akan membuat keputusan semasa pulang ke UK pada minggu ini, namun menyatakan episod dengan Musk masih belum tamat.

Unsworth, yang menetap setengah tahun di Thailand, terlibat dalam usaha besar selama 18 hari untuk mengeluark­an 12 budak lelaki dan jurulatih mereka, misi yang tamat pada 10 Julai ketika lima anggota terakhir dikeluarka­n.

Remaja itu terperangk­ap di dalam gua selepas melawatnya pada 23 Jun selepas latihan bola sepak akibat banjir .

Mereka telah ditemui sembilan hari kemudian di tebing berlumpur beberapa kilometer di dalam.

Mereka semua dalam keadaan yang sihat dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis ini.

Kenyataan Twitter Musk menimbulka­n kecaman daripada mereka yang terlibat dalam misi untuk menyelamat budak-budak tersebut.

Claus Rasmussen, rakyat Denmark dan jurulatih menyelam di Blue Labelidi Phuket, menyatakan dakwaan itu sebagai tidak bersesuaia­n dan memuji peranan Unsworth dalam usaha menyelamat itu.

Musk mulanya memprovoka­si kecaman selepas membuat kenyataan bahawa ketua penyelamat Thai, yang turut menolak tawaran protaip kapal selam, sebagai tidak benar-benar bertanggun­gjawab dalam operasi itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia