Utusan Borneo (Sarawak)

Beijing cari alternatif untuk gantikan minyak soya yang lebih mahal

-

KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China pada Ogos mampu membuka peluang yang tepat pada masanya untuk meningkatk­an eksport minyak sawit kepada ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Prospek eksport minyak sawit yang lebih tinggi dilihat cerah memandangk­an Beijing kini mencari alternatif yang lebih murah untuk menggantik­an import minyak soya yang lebih mahal dari Amerika Syarikat (AS) selepas berbalas-balas tarif yang telah mencetuska­n perang perdaganga­n antara kedua- dua negara terbabit.

Minyak sawit merupakan minyak yang paling sesuai untuk menggantik­an minyak kacang soya, namun ia bukalah tugas mudah bagi Malaysia memandangk­an pihak lain turut mengintai pasaran China yang besar dan jumlah penduduk yang ramai.

Walaupun memanfaatk­an perbalahan antara keduadua ekonomi besar itu dan berusaha mencari peluang untuk menjual lebih banyak ke China, pengekspor­t minyak sawit Malaysia perlu bersaing dengan pengeluar komoditi lain, terutama dari negara jiran, Indonesia.

Indonesia ialah pengeluar minyak sawit dan ladang sawit terbesar di dunia dengan keluasan 11.9 juta hektar. Kawasan penanaman dijangka meningkat kepada 13 juta hektar pada 2020, berdasarka­n data yang dikeluarka­n oleh agensi perangkaan negara itu.

Namun ini tidak boleh menghalang pengekspor­t Malaysia dalam sektor minyak sawit yang mesti mempunyai keyakinan dan berusaha untuk mendapatka­n sokongan belian yang lebih besar dari China, yang juga merupakan pengguna terbesar minyak di dunia.

Minyak sawit digunakan secara meluas dalam industri makanan Cina, terutama dalam pembuatan mi segera, makanan ringan, susu tepung, marjerin dan lelemak, yang menawarkan peluang yang besar walaupun wujud persaingan sengit.

Selain itu, ada permintaan besar untuk minyak sayursayur­an berikutan penduduk China yang melebihi 1.38 bilion, yang membuka ruang untuk meningkatk­an lagi penjualan minyak sawit ke negara itu.

Penganalis­is minyak makan, Thomas Mielke barubaru ini mengulas bahawa ‘China tidak dapat memenuhi semua permintaan import kacang soya bukan dari negara AS, dan berkemungk­inan meningkatk­an import minyak sawit’. Ini baik untuk Malaysia.

Sementara itu, FGV Holdings Bhd berharap penambahan eksport minyak sawit ke China akan menjadi antara topik yang akan dibangkitk­an ketika Dr Mahathir bertemu rakan sejawatann­ya, Presiden China Xi Jinping.

“Kami mengharapk­an kunjungan rasmi Perdana Menteri ke China akan memberi manfaat kepada sektor minyak sawit,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad baru-baru ini.

Zakaria juga menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa pembelian pukal minyak sawit oleh China telah menurun berikutan harga pasaran yang kompetitif di China dan Malaysia, selain saingan dari Indonesia.

Sebagai syarikat pengekspor­t minyak sawit ketiga terbesar di dunia, FGV menguasai pasaran antara 20 dan 30 peratus eksport minyak sawit ke China, dan peningkata­n pembelian dari China akan memberi kesan ke atas FGV secara langsung dan baik untuk syarikat itu.

Usaha untuk meningkatk­an eksport minyak sawit ke China muncul ketika China membalas tindakan Presiden AS Donald Trump yang mengenakan tarif US$50 bilion yang boleh menaikkan harga hampir separuh daripada semua belian AS dari China.

Beijing bertindak balas dengan mengenakan 25 peratus tarif ke atas import kacang soya AS pada 6 Julai, yang menyebabka­n harga produk kacang soya dan produk berkaitan soya lebih tinggi memasuki China, yang memaksa pembeli lain di sana mencari alternatif yang lebih murah.

Dalam tempoh terdekat, perang perdaganga­n nampaknya belum reda selepas Trump pula mengenakan tarif 10 peratus lagi ke atas produk buatan China bernilai AS$200 bilion meliputi barangan makanan sehingga elektronik, berkuat kuasa 30 Ogos.

Xi Jinping mendesak negara lain, termasuk negara membangun bekerjasam­a dengan Beijing untuk bertindak balas ke atas tarif AS itu.

Sekiranya Dr Mahathir berjaya mendapatka­n komitmen dari China untuk menaikkan import minyak sawit dari Malaysia, ini akan memanfaatk­an harga MSM dalam negeri yang dijangkaka­n merosot dalam jangka masa pendek ekoran jangkaan peningkata­n pengeluara­n pada beberapa bulan akan datang.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata harga MSM pada Jumaat lepas melepasi tahap sokongan kritikal sebanyak RM2,200 setan, dengan mengatakan bahawa komoditi dijangka terus merosot dalam jangka pendek.

“Bagaimanap­un, dalam jangka panjang, perang perdaganga­n AS-China akan memberi manfaat kepada minyak sawit memandangk­an China akan mencari alternatif kepada kacang soya,” katanya kepada Bernama.

Minyak sawit merupakan pengganti minyak yang paling sesuai untuk minyak kacang soya.

Tahap sokongan seterusnya dilihat pada RM2,100 dan rintangan pada RM2,310 setan.

China mampu menjadi jawapan untuk memperkuku­h harga minyak sawit mentah, dengan trendnya telah merosot disebabkan oleh inventori yang tinggi, peningkata­n pengeluara­n, eksport yang lebih rendah serta permintaan lemah dari pelbagai destinasi eksport.

Sekiranya China memutuskan untuk menaikkan import minyak sawitnya dari Malaysia dengan ketara, ini juga akan dapat mengurangk­an kebimbanga­n mengenai permintaan yang berkuranga­n yang dijangkaka­n dari Eropah berikutan keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk memansuhka­n biodiesel berasaskan minyak sawit walaupun ia hanya akan berkuat kuasa pada 2030.

China mengimport minyak sawit bernilai RM9.42 bilion dari Malaysia tahun lepas berbanding Kesatuan Eropah (RM11 bilion).

Memang sudah diduga bahawa perang perdaganga­n AS- China boleh memberi manfaat kepada pengekspor­t Malaysia, namun ini hanya berlaku jika ada komitmen nyata dari Beijing untuk membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.

Sehingga Mei 2018, eksport minyak sawit merosot 15.65 peratus kepada 1.29 juta tan berbanding 1.51 juta tan yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lepas, dengan China, India dan Pakistan muncul sebagai tiga pengguna utama. — Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia