Utusan Borneo (Sarawak)

RTC Kelantan paling untung, mencatat jualan RM287 juta

-

KOTA BHARU: Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kelantan mencatat jumlah jualan sebanyak RM287 juta bagi tempoh Januari sehingga Jun lepas, sekali gus mengatasi 10 RTC lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ahmad Ishak berkata RTC Kelantan juga terbukti berjaya mengekalka­n rekod cemerlangn­ya sejak beberapa tahun lepas apabila melepasi sasaran nilai jualan sebanyak RM300 juta setahun.

“Kita yakin tahun ini RTC Kelantan sekali lagi akan berjaya mengatasi sasaran jualan yang kita tetapkan berikutan jumlah pengunjung­nya melebihi empat juta setahun,” katanya kepada pemberita di Majlis Hari Bertemu Pelanggan Sempena Aidilfitri di FAMA Tunjong di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Bahagian Kompleks Pemasaran FAMA Mohammad Zubir Abdul Razak dan Pengarah FAMA Kelantan Mohd Ariffin Awang.

Mengulas selanjutny­a, Ahmad berkata nilai jualan tersebut turut didorong oleh urus niaga sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lepas yang menjana kira-kira RM750 ribu sehari.

“Kita melihat penggunaan RTC Kelantan sememangny­a di tahap maksimum dan bersedia menambah lot perniagaan jika ada keperluan serta permintaan,” katanya.

Ahmad berkata jumlah peniaga di RTC Kelantan yang terletak di kawasan seluas 2.8 hektar itu juga didapati terus bertambah saban tahun dengan 754 peniaga setakat ini yang menawarkan pelbagai jenis produk berharga berpatutan dan menjadikan­nya pusat jualan pilihan rakyat.

Selain itu, beliau berkata FAMA juga sedang meneliti produk yang boleh dijadikan ikon setiap negeri dan dapat diketengah­kan di 26 bahagian kompleks pemasaran.

Ini termasuk pusat pengeluara­n dan pemasaran serunding bagi RTC Kelantan, juadah acar bagi RTC Kedah dan serta produk ikan patin bagi Pahang. — Bernama KUALA LUMPUR: Public Investment Bank Bhdmengeka­lkansarana­n ‘neutral’ ke atas syarikat gergasi telekomuni­kasi Axiata Group, berhubung prospek anak syarikatny­a menjual 89 peratus pegangan saham dalam Multinet Pakistan Pte Ltd (Multinet Pakistan).

Anak syarikat milik penuh Axiata Group, Axiata Investment­s ( Labuan) Ltd ( AIL), memeterai perjanjian dengan Adnan Asdar Ali (AAA) bagi penjualan 89 peratus pegangan AIL dalam Multinet Pakistan dengan nilai AS$1 secara tanpa tunai dan bebas hutang, katanya.

Dalam nota semalam, firma penyelidik­an itu memetik Axiata sebagai berkata AAA adalah pemegang saham semasa untuk baki 11 peratus pegangan dalam Multinet.

Axiata berkata sejak beberapa tahun lepas, prestasi kewangan Multinet merosot dengan kerugian terkumpul sebanyak PKR754 juta (kira-kira RM25.6 juta) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

P u b l i c I n v e s t - ment Bank Bhd telah menetapkan harga sasaran pada RM5.00. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia