Utusan Borneo (Sarawak)

Penganalis­is yakin ke atas DiGi selepas keputusan 1H18 memenuhi unjuran

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research mengekalka­n saranan ‘ simpan’ ke atas Digi.Com Bhd (Digi) selepas syarikat itu mencaat keputusan kewangan yang baik pada separuh pertama 2018 (1H18).

Bank pelaburan itu berkata keputusan Digi itu adalah selari dengan unjurannya serta jangkaan konsensus, dengan trend pendapatan terus berdaya tahan.

“Tidak mengejutka­n, pengurusan menaikkan panduan hasil konservati­f 2018 sebelum ini,” kata Maybank IB dalam notanya, dan menambah ia mengekalka­n sasaran harga pada RM4.80.

Public Investment Bank Bhd (PIBB) berkata keuntungan teras Digi bagi 1H18 sebanyak RM810 juta selepas menolak RM39.6 juta kos bukan operasi untuk peralihan rangkaiann­ya.

“Keuntungan itu memenuhi unjuran dan menyumbang masing-masing sebanyak 54 peratus dan 55 peratus unjuran konsensus setahun penuh.

“Pendapatan yang lebih kukuh itu sebahagian besarnya disumbangk­an oleh hasil pasca bayar yang lebih tinggi susulan asas pelanggan melonjak 15.8 peratus tahun ke tahun setelah hasil purata setiap pengguna susut, dan kos yang rendah,” katanya.

PIBB mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas Digi dengan harga sasaran pada RM5.00.

Sementara itu, RHB Research menaikkan Digi kepada ‘beli’ daripada ‘neutral’ dengan harga sasaran RM5.50 daripada RM4.85.

“Digi kini merupakan pendedahan mudah alih pilihan kami di Malaysia dan kami menaikkan unjuran pendapatan teras 2018/2020 sebanyak enam hingga sembilan peratus bagi mencermink­an kecekapan kos jangka panjang daripada penyumbera­n perkhidmat­an rangkaian serta prospek penjanaan keuntungan data yang lebih tinggi,” katanya.

Pada jam 12.01 tengah hari, Digi didagangka­n empat sen lebih tinggi kepada RM4.20, dengan 576,800 saham bertukar tangan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MODEL BAHARU: Keiichi Yasuda (dua kiri) melancarka­n Motor Honda Dash 125cc Baharu di Mutiara Damansara, semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan Boon Siew Honda Voon Yin Kong, Duta Dash 125cc Zaqhwan Zaidi dan Ketua Pegawai Urusan dan...
— Gambar Bernama MODEL BAHARU: Keiichi Yasuda (dua kiri) melancarka­n Motor Honda Dash 125cc Baharu di Mutiara Damansara, semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua Pegawai Jualan Boon Siew Honda Voon Yin Kong, Duta Dash 125cc Zaqhwan Zaidi dan Ketua Pegawai Urusan dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia