Utusan Borneo (Sarawak)

Ar-Rahnu TEKUN rancang buka empat cawangan dalam masa terdekat

-

JOHOR BAHRU: Ar Rahnu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional ( TEKUN Nasional) merancang untuk membuka empat lagi cawangan baharu dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Baharom Embi.

Beliau berkata, pembukaan cawangan baharu itu tertumpu di negeri yang masih belum menawarkan perkhidmat­an tersebut.

“Kita menyasarka­n setiap negeri ada satu cawangan, tetapi untuk masa terdekat ini, kita buka empat cawangan dahulu di negeri yang masih belum ada operasi perkhidmat­an (Ar Rahnu TEKUN Nasional).

“Kita sedang menunggu kelulusan daripada anggota Lembaga Amanah TEKUN Nasional secepat mungkin (bagi tujuan itu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawan- gan Ar Rahnu TEKUN Johor Bahru di sini, semalam.

Selain di Johor Bahru, cawangan lain yang telah dibuka ialah di Shah Alam, Wangsa Maju, Sentul, Semenyih, Alor Setar, Tawau dan Kota Bharu.

Produk Ar Rahnu TEKUN telah menyediaka­n pembiayaan melalui gadaian emas dengan lebih 8,713 transaksi yang berjumlah RM20.2 juta sejak beroperasi pada 2015 hingga Jun 2018.

Baharom berkata, skim pembiayaan melalui gadaian emas Ar Rahnu TEKUN kini menjadi pilihan ramai memandangk­an ia menawarkan upah simpan sebanyak satu pertiga lebih rendah berbanding skim konvension­al.

Selain pembiayaan menerusi gadaian emas, Ar Rahnu TEKUN juga menyedi- akan perkhidmat­an mencuci barang kemas dan perkhidmat­an menyimpan barangan emas dengan tawaran ujrah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Baharom Embi (tengah) memotong reben sebagai menandakan perasmian premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Johor Bahru di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Baharom Embi (tengah) memotong reben sebagai menandakan perasmian premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Johor Bahru di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR: Baharom mendengar penerangan daripada Pengurus Cawangan Ar RahnuTekun Cawangan Johor Bahru Siti Nurliyana Hasnan (kiri) mengenai proses ketulenan emas.
— Gambar Bernama DENGAR: Baharom mendengar penerangan daripada Pengurus Cawangan Ar RahnuTekun Cawangan Johor Bahru Siti Nurliyana Hasnan (kiri) mengenai proses ketulenan emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia