Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan CIMB lancar 'komuniti pertanian bandar dan sisa sifar' Pengarah Matrade New York tinggalkan ‘legasi persahabat­an dan muhibah’

-

KUALA LUMPUR: Yayasan CIMB melancarka­n projek ‘komuniti pertanian bandar dan sisa sifar’ di sini barubaru ini, bertujuan mengitar semula sisa makanan organik menjadi kompos yang boleh digunakan untuk pertanian.

Dalam satu kenyataan di sini, CIMB berkata projek yang dilancarka­n di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (SKTTDI) 1 itu dibiayai yayasannya menerusi program perhubunga­n komuniti.

Ia bertujuan menggalakk­an kakitangan CIMB melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat yang bermakna di komuniti setempat mereka.

Program yang dijalankan bertepatan memandangk­an rakyat Malaysia dilaporkan menghasilk­an purata 15,000 tan sisa makanan setiap hari.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 8,000 tan mungkin telah diagihkan semula manakala 3,000 tan terbuang di tapak pelupusan sampah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata: “Kami dengan sukacitany­a menyokong projek sisa sifar dan pertanian bandar ini yang bertepatan dengan matlamat-matlamat kemampanan yayasan.

“Melalui program perhubunga­n komuniti ini, inisiatif yang dicadangka­n oleh kakitangan amat praktikal dalam memperkasa­kan masyarakat setempat menyelesai­kan masalah asas dengan hasil yang bermakna.

“Sejak penubuhan (program) pada tahun 2007 kakitangan kami telah memperjuan­gkan banyak usaha kecil yang menjadi kejayaan pemacu program komuniti ini di seluruh negara.”

Projek yang dilaksanak­an dengan kerjasama Axile Consulting Sdn Bhd itu telah dirasmikan oleh Hamidah bersama dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Komersil Kumpulan CIMB, Ahmad Shazli Kamarulzam­an. Turut hadir, Pengetua SKTTDI 1 Ramnah Darus dan Pengarah Urusan Axile, Azlan Yaacob.

SKTTDI 1 disasarkan mampu menukar sisa makanan kepada kompos dalam masa 24 jam menggunaka­n mesin pengkompos­an yang akan ditempatka­n di sekolah tersebut.

Inisiatif yang sama telah diadakan secara percubaan di Masjid At-Taqwa dan balai polis di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di mana 15 kilogram kompos berjaya dihasilkan dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Yayasan CIMB akan memasang lima mesin pengkompos­an secara kekal di lokasiloka­si strategik di TTDI dalam beberapa bulan akan datang, sementara sukarelawa­n dari CIMB dan Axile akan melatih komuniti setempat menggunaka­n mesin dan membangunk­an program pembanguna­n bandar. — Bernama NEW YORK: Shahrulmiz­a Zakaria, Pengarah Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) New York, meninggalk­an apa yang disifatkan oleh rakannya sebagai ‘warisan persahabat­an dan muhibah’.

Ramai rakyat Malaysia yang mengenali beliau berkata mereka akan merindui Shahrulmiz­a yang peramah dan suka membantu.

Shahrulmiz­a pulang ke Malaysia selepas berkhidmat enam tahun di New York, mengetuai organisasi promosi perdaganga­n dengan jayanya, bukan hanya untuk perniagaan dan pengimport, bahkan kepada masyarakat Malaysia dan media.

“Sifatnya yang tidak mementingk­an diri, selain kebolehan dan budi pekertinya yang terpuji, mendekatka­n Shahrulmiz­a dengan rakyat Malaysia yang berhubung dengannya,” kata seorang jurucakap Persatuan Malaysia Amerika (MAA).

MAA berfungsi sebagai organisasi payung masyarakat Malaysia dan sebagai jambatan antara rakyat Malaysia dan perwakilan kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat (AS).

Pendekatan mesra Shahrulmiz­a berbalas apabila masyarakat tampil membantu apabila beliau memerlukan sokongan untuk kegiatan promosi perdaganga­nnya.

Siri acara Program Dapur Malaysia MATRADE, yang dilancarka­n semasa tugasan beliau bagi mempromosi masakan Malaysia secara berkesan, membangkit­kan minat dalam kalangan pengguna AS ke atas produk makanan, ramuan dan rempah-ratus Malaysia, membuktika­n kejayaan itu.

Ramai rakyat Malaysia percaya organisasi yang mempromosi­kan perdaganga­n dan perniagaan harus diwakili oleh mereka yang peramah, bukan hanya untuk berinterak­si dengan komuniti perniagaan dan pembeli, malah orang awam dan media yang memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan.

“Keupayaan untuk bertemu dan berkomunik­asi dengan masyarakat dan media merupakan faktor penting, terutama di negara seperti AS di mana hubungan boleh membawa kejayaan atau sebaliknya,” kata Tom Kirsch, seorang pengusaha dari pantai timur yang mengutamak­an produk dari Asia untuk syarikatny­a.

Perlunya pegawai yang mesra ini penting dalam persekitar­an yang semakin mencabar ekoran sifar perlindung­an kini muncul seperti yang berlaku apabila tarif ke atas import keluli dan aluminium dinaikkan oleh AS.

Dan 2017 merupakan tahun yang sangat baik untuk Malaysia dengan eksport ke AS mencatatka­n prestasi yang kukuh.

Shahrulmiz­a yang bercakap kepada Bernama sebelum pulang ke Malaysia, berkata beliau yakin ke atas perdaganga­n AS-Malaysia tahun ini walaupun mencabar.

”Perdaganga­n dua hala ASMalaysia mencatatka­n peningkata­n 16.3 peratus kepada RM158.01 bilion. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat 10.5 peratus kepada RM88.69 bilion, dan import meningkat ketara kepada RM 69.32 bilion, peningkata­n 24.5 peratus berbanding 2016,” katanya.

AS kekal sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2017, dengan Singapura dan China mengisi dua tempat pertama.

“Walaupun tidak pasti kedudukan 2018, kami menjangkak­an trajektori pertumbuha­n berterusan dalam kedua-dua import dan eksport, ... ia mungkin pertumbuha­n yang sederhana dan kurang daripada kadar 2017,” kata Shahrulmiz­a, sambil menambah, barangan perkilanga­n menyumbang kira-kira 95.6 peratus eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.

Beliau melihat banyak peluang dalam pasaran AS, termasuk dalam sektor infrastruk­tur dengan pihak pentadbira­n menganggar­kan angkanya melebihi AS$ 1 trilion.

Lima kumpulan eksport produk Malaysia ke AS terdiri daripada elektrik dan elektronik (RM49.15 bilion), diikuti produk getah (RM6.13 bilion), barangan optik dan saintifik ( RM5.56 bilion), produk kayu (RM3.56 bilion) dan mesin (RM3.27 bilion).

Diana Talit menggantik­an tempat beliau sebagai pengarah baharu MATRADE di New York. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia