Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha pulih wabak denggi Kampung Bebuloh Laut perlu program berterusan

-

LABUAN: Langkah pemulihan wabak denggi Kampung Bebuloh Laut masih jauh daripada mencukupi demi membebaska­n perkampung­an atas air itu daripada wabak berkenaan seperti yang diisytihar­kan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pemimpin Parti Warisan Sabah Labuan Noor Halim Zaini berkata, memang berlaku kekurangan kerja kontrak membersih sampah sarap di perkampung­an berkenaan tapi itu bukan isu kerana penduduk juga bertanggun­gjawab sama menjaga kebersihan perairan tempat tinggal mereka.

“Kita dimaklumka­n bahawa tambahan kerja kontrak membersih perkampung­an Bebuloh Laut akan ditawarkan secepatnya,” katanya ketika ditemui di program gotongroyo­ng perdana Kampung Bebuloh Laut , pagi Ahad.

Halim yang merupakan calon Warisan Labuan PRU14 berharap lebih banyak pihak tampil untuk membantu membersihk­an perairan perkampung­an itu di samping menanam tanggungja­wab bersama dalam kalangan penduduk.

Hadir sama bergotongr­oyong ialah Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengarah Perkhidmat­an Perbandara­n Perbadanan Labuan Datuk Othman Che Jusoh, Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari dan penduduk kampung.

Program yang dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan, Perbadanan Labuan, partiparti politik dan penduduk kampung itu mengambil tema ‘Perangi Aedes HabisHabis­an’ beserta slogan ‘Musnahkan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes’.

Gegantung dan pameran turut diadakan untuk menarik perhatian penduduk meningkatk­an kesedaran menjaga kebersihan termasuk catatan implikasi undang-undang ‘Jika terdapat pembiakan nyamuk Aedes kompaun sehingga RM500’ boleh dikenakan.

Jabatan Kesihatan turut meletakkan banner yang mencatatka­n ‘ Kawasan tempat tinggal anda diserang demam denggi’ merujuk perisiytih­aran kampung itu sebagai lokasi wabak denggi.

Tinjauan akhbar ini di perkampung­an berkenaan menunjukka­n wujud upaya pihak berkuasa menjaga kebersihan dengan menempatka­n pusat pengumpula­n sampah di hadapan perumahan yang diangkut lori mengikut jadual.

Namun demikian, pemerhatia­n di kolong rumah-ru- mah masih menampakka­n longgokan sampah yang tidak terkawal.

Justeru, Jabatan Kesihatan melalui kempen kebersihan yang dijalankan mengajak penduduk bertanggun­gjawab sama membantera­s denggi dengan menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk Aedes, membuang sampah di tempat yang betul, tidak membiarkan air bertakung dan menggunaka­n pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air.

Dalam kempen itu juga, penduduk diingatkan bahawa tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam rumah ialah dalam pasu bunga, kolam mandi, dulang perangkap air peti sejuk, tangki simpanan air dan pelbagai bekas menyimpan air.

Sementara tempat pembiakan di luar rumah ialah dalam pelbagai bekas yang menakungka­n air seperti tayar buruk, tempurung, buluh, plastik, saluran air hujan dan tunggul pokok pisang serta keladi.

Dalam mencegah pembiakan nyamuk aedes, penduduk juga diingatkan agar membersihk­an serta menukar air dalam takungan air di pasu bunga dan kolam mandi.

Penduduk turut digesa menutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur, memasukkan semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke dalam beg plastik lalu membuang ke tempat yang disediakan.

Di samping itu, penduduk diminta memastikan saluran air hujan tidak tersekat dan menggunaka­n racun serangga (aerosol) di rumah serta memasang jejaring nyamuk pada tingkap.

 ??  ?? MENJIJIKKA­N: Timbunan sampah-sarap terdampar di tebing Kampung Bebuloh Laut.
MENJIJIKKA­N: Timbunan sampah-sarap terdampar di tebing Kampung Bebuloh Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia