Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 ahli UMNO Kalabakan keluar parti

-

TAWAU: Kira- kira 2,000 ahli UMNO Kalabakan dari 45 cawangan mengisytih­arkan diri mereka keluar parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan), di sini pada Ahad.

Tindakan itu turut disertai Pengerusi Tetap UMNO Kalabakan Mohd Nazri Durahman serta beberapa bekas ahli jawatankua­sa bahagian dan ketua cawangan UMNO Kalabakan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana mereka inginkan perubahan kepimpinan, pembanguan yang bakal dirancang dan dilaksanak­an demi untuk keselesaan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho optimis lebih ramai ahli UMNO Kalabakan akan mengikut jejak langkah tindakan bekas ahli UMNO terbabit.

“Tindakan keluar parti memperliha­tkan mereka ingin perubahan kepimpinan serta mahu memastikan rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata bekas ahli UMNO Kalabakan yang terlibat membuat keputusan mereka secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan, imbuhan atau janji.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh mereka selepas mengambil kira pendapat ahli cawangan, penduduk setempat selain pengundi dan penyokong di kawasan berkenaan.

“Keputusan itu juga mengambil kira suasana politik dan kepentinga­n rakyat khususnya di kawasan Kalabakan,” katanya yang juga bekas timbalan ketua bahagian UMNO Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia