Utusan Borneo (Sarawak)

AIRASIA RAI SEDEKAD KEJAYAAN TERBAIK DUNIA

-

LONDON: AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali kesepuluh berturut-turut selepas memenangi anugerah tersebut pada Anugerah Skytrax Penerbanga­n Dunia 2018 yang berlangsun­g di The Langham, London semalam.

Dikenali sebagai ‘Anugerah Oscar bagi Industri Penerbanga­n,’ Anugerah Skytrax adalah penanda aras kecemerlan­gan global syarikat penerbanga­n dengan lebih 20.36 juta tinjauan pelanggan yang dilakukan di lebih 105 negara, mengukur piawaian merentas 49 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) produk dan barisan depan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbanga­n.

Pengasas Bersama AirAsia, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun menerima anugerah tersebut di London bersama beberapa individu ‘AirAsia Allstars’ yang telah lama berkhidmat di rantau ini.

Empat ‘AirAsia Allstars’ yang terpilih ialah Pemangku Ketua Operasi Lapangan Terbang Ahmad Ismail dari Malaysia (yang telah berkhidmat selama 17 tahun), Pembantu Pengurus Kru Kabin Robert Anthony Gutierrez dari Filipina (yang telah berkhidmat selama tujuh tahun), Ketua ICT Pipat Khunprakan dari Thailand, kakitangan pertama AirAsia Thailand (yang telah berkhidmat selama 15 tahun) dan Pembantu Pengurus Perkhidmat­an Penghantar­an Penerbanga­n Koji Kaneko yang menghantar penerbanga­n pertama AirAsia Jepun (yang telah berkhidmat selama empat tahun).

“Saya berbesar hati untuk meraikan kejayaan sedekad kami pada hari ini dengan ‘Allstars’ yang telah bersamasam­a kami sejak dari awal,” kata Kamarudin.

“Perasaan ini tidak dapat digambarka­n. Saya masih tidak dapat melupakan perasaan sewaktu kami dinamakan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik dunia buat pertama kali sepuluh tahun yang lalu dan saya tidak menyangka bahawa kami akan mengekalka­n anugerah ini selama satu dekad.

“Terima kasih atas sokongan luar biasa anda. Kami akan terus memperjuan­gkan tambang rendah dan berharap dapat mengubah lebih banyak kehidupan para tetamu kami.”

Sementara itu, AirAsia X diiktiraf sebagai Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun keenam berturuttu­rut.

Anugerah tersebut diterima oleh Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz bagi pihak AirAsia X.

“Sebarang kejayaan dan pencapaian oleh Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X adalah sumbangan daripada setiap ‘ Allstar’,” kata Rafidah.

“Oleh itu, adalah penting untuk meningkatk­an tahap kecekapan dan prestasi mereka supaya AirAsia dapat mengekalka­n status bertaraf dunia ini dalam industri pen- erbangan serantau dan global yang amat berdaya saing.

“Kami berharap semua kakitangan kami berusaha untuk menjadi aset kepada Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X.”

AirAsia juga dianugerah­kan Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Asia, yang diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perniagaan Penerbanga­n) Bo Lingam yang menyertai AirAsia pada 2001 sebagai Pengurus Operasi Lapangan Terbang.

“Selama 17 tahun berkhidmat di AirAsia, saya telah menyaksika­n bagaimana AirAsia telah merealisas­ikan impian lebih daripada setengah bilion orang, terutamany­a di ASEAN,” kata Bo.

“Kami telah menghubung­kan mereka ke pelbagai destinasi, menawarkan pekerjaan di rantau ini, mengembang­kan perniagaan kecil dan menyumbang kepada sektor pelanconga­n di ASEAN serta banyak lagi.

“Semua inilah yang menjadikan perjuangan kami sungguh bernilai.”

Kemenangan ini diraikan dengan semangat ‘One AirAsia’ di seluruh pejabat Kumpulan AirAsia di Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Bangalore dan Nagoya, dengan persembaha­n interaktif yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook AirAsia.

AirAsia juga meraikan kejayaan ini di beberapa lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabang­sa SoekarnoHa­tta di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang di Bangkok dari 17 hingga 22 Julai, dengan kios foto yang dilengkapi pas masuk dan peluang untuk memenangi tiket ke destinasi AirAsia impian mereka.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, AirAsia akan menawarkan tambang randah bermula 23 hingga 29 Julai 2018 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Para tetamu juga berpeluang untuk memenangi penerbanga­n percuma selama satu tahun (tertakluk kepada terma dan syarat) dengan menyertai pertanding­an #WeAreAllCh­ampions menerusi laman media sosial AirAsia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram (instagram. com/ airasia) dan Facebook ( facebook. com/ AirAsia).

 ??  ?? KEJAYAAN BESAR: (Dari tujuh kiri) Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perniagaan Penerbanga­n) Bo Lingam bersama yang lain merakamkan kenangan pada Anugerah Skytrax Penerbanga­n Dunia 2018 di The Langham, London semalam.
KEJAYAAN BESAR: (Dari tujuh kiri) Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perniagaan Penerbanga­n) Bo Lingam bersama yang lain merakamkan kenangan pada Anugerah Skytrax Penerbanga­n Dunia 2018 di The Langham, London semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia