Utusan Borneo (Sarawak)

FELDA UNITED FC SAHKAN KEJUARAAN

Benam Sarawak 3-1 di Stadium Negeri namun skuad Ngap Sayot kekal di Liga Premier musim depan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Felda United FC kembali ke kancah Liga Super musim depan setelah mengesahka­n kejuaraan 100PLUS Liga Premier 2018 dengan menewaskan Sarawak 3- 1 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Skuad kendalian B Sathianath­an tidak perlu menunggu baki dua lagi perlawanan selepas ini setelah mengumpul 41 mata daripada 18 perlawanan berkelebih­an 10 mata berbanding Felcra FC yang menduduki tangga kedua dengan 31 mata.

Bagaimanap­un, Sarawak meskipun tewas dalam semua baki perlawanan termasuk kekalahan di tangan Felda United FC petang semalam masih kekal dalam Liga Premier musim depan.

“Apa yang kita sudah janjikan dengan pengurusan bahawa kita akan menjadi juara dan kembali bermain dalam Liga Super tahun depan.

“Tahniah kepada semua pemain, mereka berlatih ber- tungkus-lumus dan akhirnya tercapai juga impian kita untuk menjadi juara Liga Premier musim ini,” kata ketua jurulatih Felda United FC, B Sathianath­an ketika ditemui selepas perlawanan di sini petang semalam.

Menurut pengendali berusia 60 tahun itu, fokusnya kini terhala ke arah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kempen Piala Malaysia 2018.

“Kita perlu melalui Piala Malaysia musim ini terlebih dahulu, baharu boleh tahu sama ada kita boleh beraksi dengan baik pada Liga Super tahun depan,” jelasnya.

Penyerang import, Gilberto Valdenesio Fortunato muncul wira Felda United FC apabila menjaringk­an dua gol masing-masing pada minit kelima dan ke-66 menerusi sepakan penalti.

Rakan pemain import, Thi- ago Augusto Fernandes turut menc e t a k k a n nama selaku ku penjaring gol untuk Felda e lda United FC C pada minit ke-39.

Gol sagu hati skuad Ngap Sayot dijaringka­n oleh tonggak import, Mateo Roskam pada minit ke-44 menerusi sepakan percuma dari luar petak penalti pasukan pelawat. Bagi Sarawak, ia adalah kekalahan kesembilan dalam sa saingan Liga Prem Premier musim ini sekali gus m meletakkan mereka di tangga kese m b i l a n dengan 19 mata daripada 18 p perlawanan. Skuad kendalia dalian jurulatih import dari Australia, Ian Andrew Gillan itu akan meneruskan perlawanan ke-19 menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Sabtu ini (21 Julai).

Apa yang kita sudah janjikan dengan pengurusan bahawa kita akan menjadi juara dan kembali bermain dalam Liga Super ” tahun depan. B Sathianath­an Jurulatih Felcra United FC

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? DIASAK: Pemain Felda, Gilberto Fortunato (tengah) diasak dua pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar (kiri) dan Abdul ul Rahim Abdul Razak (kanan) pada perlawanan di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.
— Gambar Bernama DIASAK: Pemain Felda, Gilberto Fortunato (tengah) diasak dua pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar (kiri) dan Abdul ul Rahim Abdul Razak (kanan) pada perlawanan di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia