Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi minum berakhir pergaduhan, ugutan maut

Bapa pengadu gagal cari telefon bimbit, jiran yang tidak puas hati kerana berasa dituduh, mengamuk

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Dua jiran kecoh apabila sesi minum berakhir dengan pergaduhan di Jalan Tiong Hua di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Sebelum kejadian sekitar jam 8.00 malam itu, pengadu, 25, bersama suami dan ayah- nya diajak minum di rumah sewa sebelah.

Bagaimanap­un suami pengadu pulang lebih awal untuk tidur kerana tidak larat minum berlebihan.

Semasa tidur, suami pengadu terbangun apabila terdengar bunyi bising dari bilik jirannya sekitar jam 11.30 malam.

Dia kemudian mendapati bapa mentuanya sedang bertengkar dengan seorang lelaki, jiran mereka tadi, di tempat mereka mengadakan sesi minum sebelum itu.

Difahamkan, pertengkar­an itu berpunca daripada kehilangan telefon bimbit bapa pengadu.

Menurut pengadu, bapanya cuba mencari telefon bimbitnya namun gagal dan bertanya kepada lelaki di rumah jiran tersebut.

Jiran yang tidak berpuas hati kerana berasa dituduh kemudian mengamuk dan cuba dileraikan suami pen- gadu.

Apabila keadaan bertambah buruk, jiran terbabit bertindak memukul bahagian belakang suami pengadu menggunaka­n tangan dan topi keledar.

Sejak insiden itu, lelaki terbabit dihalau keluar namun pengadu telah diugut supaya berpindah sebelum akhir bulan ini, jika tidak nyawanya dan ahli keluarga yang lain akan terancam.

Pengadu kemudian memberitah­u suaminya mengenai perkara tersebut yang memaksa mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia