Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dakwa bayi 20 hari didera

-

KEPALA BATAS: Seorang wanita mendakwa bayi perempuann­ya yang berusia 20 hari didera sehingga meninggalk­an kesan lebam dan gigitan.

Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki (bapa kepada bayi itu) berusia 34 tahun pada 7.50 malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan, bayi itu sering digigit oleh suspek di beberapa bahagian badan terutama kepala, hidung dan pipi selain suspek sering melambung serta menggantun­g bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, keluarga itu tinggal di Bumbung Lima di sini dan lelaki yang ditahan di pekarangan Hospital Kepala Batas berkenaan merupakan penagih dadah yang tidak bekerja.

“Terbaharu lelaki itu didakwa menggigit kepala bayi mereka pada Rabu lepas sehingga meninggalk­an kesan gigitan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, wanita itu membuat laporan polis kelmarin selepas bimbang keselamata­n bayinya kerana lelaki terbabit pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan.

Noorzainy berkata, hasil pemeriksaa­n dan rawatan, doktor yang merawat bayi itu mengesahka­n kesan lebam gigitan pada kepala bayi telah hilang memandangk­an kejadian telah beberapa hari berlaku.

Berdasarka­n siasatan lelaki yang positif dadah itu bertindak sedemikian kerana bayi berkenaan kerap menangis, katanya sambil menambah suspek direman empat hari bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia