Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ N. Sembilan saman 282 lori bawa muatan lebihi had

-

REMBAU: Sebanyak 282 lori disaman oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Tutup (Ops Tutup) di sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson.

Pengarahny­a Azrin Borhan berkata, Ops Tutup yang dilaksanak­an sepanjang enam hari bermula 9 Julai dan berakhir Sabtu lepas itu menyasarka­n ke atas lori yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan oleh undangunda­ng.

Beliau berkata, antara lori yang menjadi tumpuan pihak penguatkua­sa JPJ adalah yang membawa muatan bahan binaan seperti pasir, batuan dan juga tanah.

“Penguatkua­saan dibuat secara statik dengan menempatka­n anggota di lokasi terpilih serta menggunaka­n peralatan timbang mudah alih bagi menimbang kenderaan yang disyaki membawa lebih muatan.

“Sepanjang tempoh Ops Tutup dijalankan sebanyak 374 lori telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut sebanyak 282 lori dikenakan tindakan melibatkan 488 kesalahan,” katanya dalam sidang media di Stesyen Penguatkua­sa JPJ Pedas di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JPJ Mohd Azlan Shah Othman dan Ketua Stesyen Penguat Kuasa JPJ Pedas Mohd Hanef Bedin.

Azrin berkata, bagi kesemua kesalahan lebih muatan, tindakan diambil di bawah Kaedah 89 (Berat dengan Muatan Kenderaan), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1989 yang boleh dikenakan tindakan denda minimum RM2,000 sehingga RM10,000.

“Sepanjang Ops Tutup ini, didapati masih ada pemandu yang gagal mematuhi had muatan yang ditetapkan dan mengabaika­n aspek keselamata­n kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Bagaimanap­un, terdapat sedikit peningkata­n terhadap kesedaran ke atas pemandu- pemandu lori hasil aktiviti pengutkuas­aan yang dijalankan berterusan oleh JPJ,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Azrin berkata, pihak JPJ turut melancarka­n Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) bermula semalam bagi mengesan warga asing yang memandu kenderaan awam atau syarikat tanpa mempunyai lesen memandu yang sah.

“Ops Pewa yang akan dijalankan selama lima hari, akan melibatkan sekatan jalan raya iaitu pemeriksaa­n secara statik dan juga pemerhatia­n oleh anggota JPJ yang membuat rondaan di kawasan-kawasan tumpuan sekitar negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia