Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua pengedar dadah, rampas pistol dan peluru

-

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki yang disyaki pengedar dadah dan merampas sepucuk pistol dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Mentara Baru, Merapoh, di sini petang kelmarin.

Dalam serbuan pada 4 petang yang dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lipis itu, polis turut merampas 11 butir peluru hidup dan 37.63 gram dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Lipis Superinten­den Azry Akmar Ayob berkat,a suspek yang berusia 30 dan 37 tahun itu yang masing-masing berasal dari Ketereh dan Gua Musang, Kelantan, ditahan di hadapan rumah berkenaan.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek yang berusia 30 tahun menjumpai dadah jenis syabu serta sebutir peluru hidup di dalam beg silang yang dipakainya.

“Kami kemudianny­a membuat pemeriksaa­n lanjut di dalam kereta milik suspek dan menjumpai sepucuk pistol jenis Warsaw berwarna perak tanpa jenama lengkap dengan sebutir peluru hidup di dalamnya,” katanya di sini semalam.

Azry berkata, pemeriksaa­n lanjut polis menemukan sembilan butir lagi peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang disimpan di dalam stoking putih di dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 37 terbabit memiliki empat rekod lampau dan seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kedua- duanya dipercayai aktif mengedar dadah di kawasan Merapoh dan Gua Musang ( Kelantan) manakala suspek yang berusia 30 tahun itu baru seminggu bebas dari penjara,” katanya.

Kes ini disiasat menurut Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia