Utusan Borneo (Sarawak)

Kutipan hasil Sarawak tahun ini meningkat: Wong

Kutip RM3.266 bilion untuk setengah tahun pertama 2018, 59 peratus daripada jangkaan RM5.525 bilion

-

KUCHING: Sarawak mengutip hasil RM3.266 bilion untuk setengah tahun pertama 2018, atau 59 peratus daripada jangkaan RM5.525 bilion kutipan pada tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata berdasarka­n situasi tersebut, kutipan hasil negeri dijangka akan melepasi jumlah sasaran tahun ini.

Pada 2017, jumlah hasil Sarawak ialah RM6.864 bilion berbanding RM5.910 bilion pada 2016.

“Peningkata­n pendapatan 16 peratus itu adalah hasil daripada dividen pelaburan, pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas serta cukai jualan negeri terhadap minyak sawit mentah,” katanya pada sesi penggulung­an Kemente- rian Kewangan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Manakala perbelanja­an bagi setengah tahun pertama 2018 berjumlah RM2.802 bilion daripada RM5.781 yang diluluskan bagi perbelanja­an biasa.

“Daripada jumlah perbelanja­an biasa yang dibelanjak­an, RM1.152 bilion adalah untuk perbelanja­an operasi manakala baki RM1.650 bilion disalurkan ke Akaun Dana Pembanguna­n,” katanya.

Bagi Perbelanja­an Pemban- gunan, RM2.968 bilion (52 peratus) daripada peruntukan tahunan RM5.745 bilion telah dibelanjak­an pada tempoh sama.

Perbelanja­an pembanguna­n dijangka meningkat sejajar dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun ini, ujarnya.

“Saya menggesa semua agensi pelaksana mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan program dan projek diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 terutama projek berimpak tinggi dan memberi kesan berganda yang sedang dilaksanak­an bagi mendorong aktiviti ekonomi domestik,” katanya.

Daripada aspek pengurusan kewangan, beliau berkata, Kerajaan Sarawak sekali lagi diiktiraf cemerlang ke atas akaun kewangan bagi tahun 2017.

Ini merupakan tahun ke- 16 berturut-turut Kerajaan Sarawak cemerlang dalam pengurusan akaun.

Penarafan kredit pelaburan negeri yang terpuji juga telah mendapat pengesahan semula pada A3 dan A- oleh agensi penarafan antarabang­sa seperti Moody’s and Standard & Poors.

“Pencapaian ini petunjuk yang baik dan cerminan jelas terhadap pengurusan kewangan negeri dalam melaksanak­an kewangan berhemat dan berdisipli­n di semua peringkat,” katanya.

“Peningkata­n pendapatan 16 peratus itu adalah hasil daripada dividen pelaburan, pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas serta cukai jualan ” negeri terhadap minyak sawit mentah. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Kewangan Kedua

 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia