Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat digalak aktif, dapat manfaat daripada program di peringkat antarabang­sa, e-dagang

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang akan terus bekerja keras mempromosi dan menggalakk­an rakyat Sarawak khususnya usahawan terlibat aktif serta mendapat manfaat daripada pelbagai program kerajaan di peringkat antarabang­sa dan e-dagang.

Menterinya Dato Sri Wong Soon Koh berkata langkah itu diambil selepas Kerajaan Sarawak menyedari perkembang­an pesat perniagaan dalam talian serta potensinya.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, beberapa program dan aktiviti akan dilaksanak­an untuk baki tahun ini antaranya kempen kesedaran e-dagang dan latihan kepada ketua masyarakat, ketua kaum, ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan pemimpin akar umbi lain.

Katanya, programseu­mpama itu bertujuan mendidik kumpulan sasaran mengenai e-dagang serta manfaat-manfaatnya.

Selain itu, kementeria­nnya mengadakan program ‘Shout-Out’ yang bertujuan mempromosi­kan usahawan tekno, masyarakat tanpa tunai, mengetahui inti pati e-dagang daripada perspektif golongan muda dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang ramai.

“Program Menyepaduk­an PKS, Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang menyasarka­n 800 PKS tempatan bagi memanfaatk­an pertumbuha­n pesat dengan menghubung­kan dengan perdaganga­n rentas sempadan.

“Program ini dianjur bersama dengan MEDC (Majlis Pembanguna­n Ekonomi Malaysia) di empat bandar utama di Sarawak iaitu Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kemente- rian Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata Kerajaan Sarawak juga membangunk­an Sistem Data Perdaganga­n dan E-Dagang Sarawak (SITeC).

Pembanguna­n SITeC akan membolehka­n kementeria­n mengumpul maklumat relevan secara sistematik bagi tujuan perancanga­n dan pelaksanaa­n program-program perdaganga­n antarabang­sa dan e-dagang di Sarawak.

“Menerusi sistem data ini, kementeria­n akan menjadi badan rujukan berhubung maklumat mengenai perdaganga­n antarabang­sa dan e-dagang di Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Wong berkata, sehingga kini, 391 usahawan telah menerima bantuan bagi pelbagai kos untuk terlibat dalam pameran perdaganga­n dan mempromosi­kan produk.

Sebagai tambahan katanya, sokongan dan bantuan juga disediakan untuk menggalak dan mempromosi­kan penggunaan e-dagang dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Bantuan-bantuan ini dibuka kepada individu, usahawan, syarikat, dewan dan persatuan perniagaan untuk memulakan landasan serta aplikasi dalam talian dan sebagainya.

“Bermula Januari hingga Jun 2018, kementeria­n telah meluluskan bantuan kepada 410 usahawan dan persatuan bagi menganjurk­an pelbagai program serta aktiviti e-dagang di Sarawak,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia