Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan fokus bangun produk gula apong, ikan tahai

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan memfokuska­n untuk membangunk­an produk gula apong dan ikan tahai selain menggalak dan menyelaras­kan pembanguna­n produk sedia ada.

Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia memandangk­an pada masa ini, kedua-dua produk tersebut mendapat permintaan pasaran yang menggalakk­an.

Bagaimanap­un, katanya bagi gula apong, industri ini masih menggunaka­n kaedah pengeluara­n secara tradisiona­l.

“Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk menggunaka­n kaedah dan teknologi moden bagi mengoptimu­mkan pengeluara­n gula apong.

“Untuk tujuan ini, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan sebuah institusi tempatan untuk mengkaji kaedah pengeluara­n bagi meningkatk­an hasil,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an kementeria­nnya sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Selain itu, Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata industri tahai juga menghadapi masalah bekalan sumber yang terhad dan bermusim.

Menurutnya, perusahaan tahai memerlukan ikan laut jenis tamban yang bekalannya tidak menentu serta bergantung kepada keadaan cuaca dan persekitar­an semasa.

“Kementeria­n akan bekerjasam­a dengan agensi yang berkaitan untuk mengkaji serta memastikan sumber ikan tamban ini mencukupi dan berterusan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebagai sebuah agensi peneraju pembanguna­n usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kementeria­nnya turut menyelaras­kan pelbagai program bantuan yang ditawarkan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan pembanguna­n keusahawan­an.

Katanya ini termasuk program pembanguna­n kapasiti, pembanguna­n produk serta mempelbaga­ikan rangkaian pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia