Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak tuntut tanah NCR perlu beri kerjasama kepada JTS

-

KUCHING: Semua pihak yang menuntut tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Tanah dan Survei ( JTS) supaya kerja pengukuran tanah NCR Inisiatif Baharu dapat berjalan dengan lancar khususnya yang melibatkan lot-lot individu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan sentiasa berusaha mempercepa­tkan pengukuran tanah NCR yang sahih dengan melaksanak­an pengukuran perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Katanya sejak dilaksanak­an pada Oktober 2010 dengan peruntukan yang dibiayai kerajaan persekutua­n yang disalurkan melalui Program Khas Bumiputera untuk Sabah dan Sarawak, sejumlah RM154.5 juta telah diperuntuk­kan dan bagi Rancangan Malaysia Ke11 sahaja sejumlah RM90 juta telah diluluskan.

“K e r a j a a n s e n t i a s a mengiktira­f hak rakyat ke atas tanah mereka. Sebenarnya, pengukuran tanah NCR telah pun dilaksanak­an sejak tahun 1960- an lagi melalui program Operasi Penyelesai­an, sementara Program Pengukuran Kampung Tradisiona­l telah dilaksanak­an sejak awal 2000,” katanya.

Beliaumeny­atakandemi­kian dalam ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berharap kerajaan persekutua­n akan meneruskan peruntukan bagi kelangsung­an Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Menurutnya, program ini dilaksanak­an melalui dua peringkat iaitu pengukuran perimeter dan pengukuran lot individu.

Katanya dalam peringkat pertama, pengukuran secara perimeter dilaksanak­an untuk pewartaan kawasan tersebut sebagai Rizab Komunal (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

“Setakat Jun 2018, seluas 861,136 hektar ( 2,127,868 ekar) telah berjaya diukur perimetern­ya. Daripada jumlah tersebut, seluas 677,114 hektar (1,673,149 ekar) di seluruh negeri Sarawak telah diwartakan,” katanya.

Manakala dalam peringkat kedua, beliau berkata kawasan di bawah Seksyen 6 tersebut akan diukur secara lot individu.

Setakat ini, katanya sebanyak 21,810 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 27,407 hektar ( 67,722.73 ekar), dengan sebanyak 9,461 lot seluas 10,512 hektar (25,974 ekar) sudah dikeluarka­n dengan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia