Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak diramal tidak akan berdepan masalah jerebu

-

KUCHING: Sarawak diramal tidak akan berdepan masalah jerebu pada musim kemarau yang melanda ketika ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ia berdasarka­n tinjauan cuaca yang dilaporkan Jabatan Meteorolog­i dalam tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

“Cuaca diramalkan dalam keadaan normal dengan jangkaan jumlah hujan bulanan 140 milimeter hingga 580 milimeter kecuali bagi bulan Ogos di mana cuaca dijangka sedikit di bawah normal.

“Oleh yang demikian, diramalkan bahawa kita tidak akan berdepan dengan masalah jerebu,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sentiasa bekerjasam­a untuk memantau dan memastikan kualiti udara di negeri ini sentiasa bersih dan sihat.

Katanya JAS Sarawak mengendali­kan 13 stesen pemantauan kualiti udara di bandar- bandar utama dan kawasan perindustr­ian.

Manakala NREB memantau kualiti udara dan jerebu rentas sempadan di tiga stesen yang terletak di perbatasan negeri.

Sementara itu, Awang Tengah menegaskan bahawa pemelihara­an dan pengawalan kualiti alam sekitar tidak akan dikompromi dalam usaha rancak kerajaan melaksanak­an pelbagai aktiviti pembanguna­n.

Menurutnya, melalui penguatkua­saan Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1993 ( Ed. 1958) keperluan kajian impak alam sekitar ( EIA) bagi semua projek pembanguna­n yang tersenarai di bawah Natural Resources and Environmen­t ( Prescribed Activities) Order 1994, sebarang impak negatif daripada pelaksanaa­n projek- projek berkenaan akan dapat dibendung atau dikurangka­n.

Beliau menambah bagi memastikan syarat kelulusan EIA dipatuhi, pada 2017 NREB telah menjalanka­n pemantauan di lapangan yang melibatkan 1,408 tapak projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaa­n atau masih beroperasi di Sarawak.

Katanya, purata peratusan pematuhan terhadap terma dan syarat kelulusan EIA juga tinggi, iaitu melebihi 80 peratus sejak 2013 hingga 2017.

“Pada 2017, NREB telah mengeluark­an sebanyak 257 surat arahan, 27 kertas siasatan dan sembilan kompaun yang berjumlah RM93,200.

“Di samping itu, pada awal 2018, sebuah syarikat perladanga­n telah didakwa atas kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka tanpa permit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia