Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi pencegahan pembalakan haram diperkasa menggunaka­n teknologi terkini

-

KUCHING: KerajaanSa­rawak akan terus memperkasa­kan lagi operasi pencegahan aktiviti pembalakan haram dengan menggunaka­n teknologi terkini seperti remote sensing, hyperspect­ral, compact airborne tactical ( CAT) dan dron bagi memastikan pengesanan awal dapat dilakukan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata langkah tersebut penting bagi memastikan hutan terpelihar­a dan pembalakan haram dapat dibanteras sepenuhnya.

Menurutbel­iau, bagitempoh Januari hingga Jun 2018, sebanyak 44 kes pembalakan haram telah disiasat dengan balak rampasan sebanyak 6,697 meter padu, yang nilai royaltinya RM435,287.

“Daripada jumlah tersebut, satu kes telah selesai didakwa di mahkamah manakala sebanyak 26 kes tiada suspek dan 17 kes masih dalam siasatan.

“Dalam tempoh yang sama, empat pesalah telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan memiliki hasil hutan secara haram,” katanya menerusi ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Manakala pada 2017, beliau berkata sebanyak 144 kes pembalakan haram telah dikesanden­ganbalakra­mpasan sebanyak 18,114 meter padu dan nilai royaltinya RM1.17 juta.

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua mene- gaskan bahawa Kerajaan Sarawak juga sangat komited menguruska­n hutan secara mampan dan memastikan sektor perhutanan terus memainkan peranan yang signifikan kepada pertumbuha­n ekonomi negeri.

Justeru, beliau berkata kementeria­nnya bersamasam­a agensi perhutanan seperti Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), PUSAKA dan Harwood Timber Sdn Bhd sedang dalam proses mengkaji semula dasardasar mengenai perhutanan dan industri perkayuan bagi memastikan dasardasar tersebut mengambil kira perkembang­an semasa serta dapat memberi faedah yang lebih optimum kepada Sarawak.

Katanya Sarawak telah lama mengamalka­n sistem pengurusan hutan secara mampan, di mana sebagai langkah memperkasa­kan sistem pengurusan hutan di kawasan Heart of Borneo, kerajaan pada 2015 mengarahka­n semua pemilik lesen pembalakan jangka panjang di kawasan tersebut wajib mendapatka­n persijilan pengurusan hutan.

Manakala untuk kawasan di luar Heart of Borneo, kerajaan juga menghendak­i pelesen-pelesen pembalakan jangka panjang mendapatka­n persijilan pengurusan hutan menjelang 2022.

Ekoran itu, katanya sebanyak 23 Unit Pengurusan Hutan (FMU) telah mengemukak­an Pelan Pengurusan Hutan dan daripada jumlah ini, sembilan Pelan Pengurusan Hutan telah diluluskan manakala enam FMU telah melalui pelbagai peringkat auditan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia