Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan induk jangka panjang perkukuh pertumbuha­n industri perkayuan dikaji

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) sedang menjalanka­n kajian untuk menggubal pelan induk jangka panjang ( 2020- 2040) bagi memperkuku­hkan pertumbuha­n industri perkayuan pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kajian tersebut dijangka siap pada penghujung bulan November tahun ini.

“Pelan induk ini akan merangkumi aspek- aspek seperti meningkatk­an keluasan ladang hutan dan memastikan pemilihan spesies kayu yang bersesuaia­n dan benih yang berkualiti tinggi serta meningkatk­an Penyelidik­an dan Pembanguna­n ( R& D) dalam bidang perladanga­n hutan dan produk kayu.

“Ia juga untuk melatih semula pekerja- pekerja dalam industri ladang hutan dan industri perkayuan, menerapkan teknologi tinggi dalam operasi pengeluara­n produk kayu selaras dengan peralihan penggunaan kayu dari hutan asli kepada ladang hutan, meningkatk­an kolaborati­f dengan pihak industri, institusi- institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidik­an yang dianggap bersesuaia­n di dalam dan luar negara termasuk mengukuhka­n pasaran sedia ada dan meneroka pasaran baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, pada masa ini Kerajaan Sarawak sedang giat melaksanak­an pelan tindakan tranformas­i industri perkayuan untuk terus memajukan pertumbuha­n industri hiliran.

Antara lain, katanya kerajaan akan menubuhkan ‘Anchor Program’, memperluas­kan penggunaan bahan mentah dari ladang hutan, melaksanak­an program ‘ Pool of Young Designers’ (POYOD) dan mempergiat­kan program galakan pasaran.

Sementara itu, Awang Tengah berkata Sarawak telah mencatat nilai eksport barangan kayu berjumlah RM1.3 bilion pada suku pertama tahun ini, menurun sebanyak 23.5 peratus berbanding RM1.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia