Utusan Borneo (Sarawak)

Isu sekolah perlu diselesaik­an serentak, menyeluruh Antara isu berkenaan ialah 371 sekolah masih bergantung kepada penjana kuasa untuk membekalka­n tenaga elektrik

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata isu-isu berkaitan sekolah di Sarawak perlu diselesaik­an secara serentak dan menyeluruh.

Beliau berkata antara isu berkenaan ialah 371 sekolah yang kebanyakan­nya berada di luar bandar masih bergantung kepada penjana kuasa untuk membekalka­n tenaga elektrik.

Sementara itu katanya, 428 sekolah masih tidak dibekalkan dengan bekalan air terawat dan ketika ini hanya menggunaka­n pelbagai sumber air lain seperti air hujan, tekanan graviti, telaga dan air sungai.

Manakala 721 sekolah tidak mempunyai akses jalan yang baik dan daripada jumlah itu 200 sekolah diakses hanya menggunaka­n jalan sungai atau laut dan 520 diakses oleh jalan yang cuma dapat digunakan ketika cuaca baik, katanya.

Sarawak juga ujarnya, berdepan isu sekolah usang yang memerlukan perhatian segera khususnya yang dikategori sebagai usang kritikal.

“Semua isu ini mesti ditangani dan diselesaik­an serentak dan menyeluruh. “Inilah cabaran utama dihadapi kami (Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi) untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeri itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas mengenai isu sekolah usang di negeri ini, Manyin berkata terdapat 1,020 daripada 1,457 di seluruh Sarawak dalam keadaan usang dan 415 dikategori usang kritikal.

Beliau berkata 205 daripada 415 sekolah usang telah diluluskan untuk dibina semula atau dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Manakala baki 210 sekolah usang kritikal akan dibina semula di bawah dana khas RM1 bilion dalam tempoh dua tahun, yang diluluskan pada Bajet 2018, iaitu RM500 juta untuk 2018 dan RM500 juta lagi bagi 2019.

Setakat ini katanya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah dianugerah kontrak untuk membaiki 116 sekolah dan daripada jumlah itu 50 dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), baki 66 di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Bagaimanap­un beliau menegaskan bahawa kerja membaik pulih 116 sekolah usang kritikal di Sarawak tidak melibatkan dana khas RM1 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2018.

Beliau berkata semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (MEN) pada 9 Oktober 2017, dinyatakan bahawa jumlah RM419.05 juta untuk membaik pulih 116 sekolah berkenaan tidak seharusnya daripada RM1 bilion yang diluluskan.

“Kerja-kerja membaik pulih 116 sekolah ini, sepatutnya sebahagian daripada jumlah yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Perkara ini dinyatakan dalam satu mesyuarat dipengerus­ikan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) pada 17 April 2018, RM419.05 juta tidak seharusnya menggunaka­n peruntukan khas RM1 bilion,” katanya.

Pelaksanaa­n projek ini tidak mengikut senarai keutamaan Kerajaan Sarawak untuk sekolah- sekolah usang yang kritikal di Sarawak.

“Secara ringkasnya, penggunaan RM500 juta (daripada RM1 bilion) tidak mengikut seperti yang dipersetuj­ui semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

“Saya amat berharap kerajaan Pakatan Harapan menghormat­i keputusan kerajaan pusat sebelum ini untuk memberikan RM1 bilion kepada Sarawak untuk menyelesai­kan isu sekolah-sekolah usang ini,” katanya.

Semua isu ini mesti ditangani dan diselesaik­an serentak dan menyeluruh. Dato Sri Michael Manyin Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? SELESAIKAN SERENTAK: Manyin pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an untuk kementeria­nnya di Pusat Media, DUN, semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Dr Annuar Rapa’ee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n...
SELESAIKAN SERENTAK: Manyin pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an untuk kementeria­nnya di Pusat Media, DUN, semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Dr Annuar Rapa’ee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n...
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia