Utusan Borneo (Sarawak)

JPN Sarawak diberi kuasa beli terus diesel untuk sekolah: Manyin

-

KUCHING: Isu sekolah bergelap di negeri ini khasnya di luar bandar kerana terputus bekalan diesel akan selesai selepas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak diberi kuasa untuk membeli terus bahan api itu menerusi kontraktor dilantik.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, menerusi kontraktor dilantik, JPN Sarawak boleh membeli diesel maksimum RM20,000 sebulan pada siling RM200,000 untuk tempoh 10 bulan bagi setiap sekolah.

Beliau berkata, isu berkenaan hampir selesai kerana sehingga semalam hampir kesemua sekolah yang bergantung kepada penjana kuasa untuk mendapatka­n tenaga elektrik mendapat bekalan diesel masing-masing.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menerima surat daripada Kementeria­n Kewangan Malaysia bertarikh 20 Jun 2018, yang memberi arahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri memberi kuasa kepada Pegawai Pendidikan Daerah melantik satu pembekal untuk satu sekolah.

“Setiappemb­ekalbolehm­embekalkan sehingga RM20,000 diesel sebulan pada harga siling RM200,000 untuk tempoh 10 bulan bagi setiap sekolah,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Justeru beliau berharap dalam tempoh 10 bulan akan datang, tidak ada sekolah di Sarawak bergelap kerana kehabisan bekalan diesel untuk menghidupk­an penjana kuasa.

Beliau menambah, sehingga kini terdapat 371 sekolah di seluruh Sarawak masih tidak dibekalkan bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya kepada penjana kuasa.

Sebelum ini katanya, hanya 369 sekolah yang kebanyakan­nya di luar bandar disenaraik­an dalam kategori itu namun kini jumlah itu bertambah kepada 371 selepas Sekolah Kebangsaan (SK) Tegulang dan SK Metalun tidak lagi mendapat bekalan elektrik.

Terdahulu ketika membentang­kan ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Manyin berkata pada 2017, kementeria­nnya telah mengemukak­an kertas cadangan untuk 113 sekolah yang terletak 10km dalam grid elektrik, disambungk­an kepada grid dengan anggaran kos RM50 juta.

“Kementeria­n saya akan memanjangk­an perkara ini kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sekolah-sekolah ini dibekalkan dengan elektrik 24 jam.

“Dengan bekalan elektrik 24 jam ini, guru dan pelajar dapat belajar dalam suasana lebih selesa serta kondusif,” katanya.

Manyin menambah, baki 258 sekolah lagi yang terletak jauh dari grid elektrik, lebih daripada 20km, kemungkina­n penggunaan sistem hibrid solar dipertimba­ngkan.

Beliau memberitah­u, bagi tempoh 2012 hingga 2014, RM539.4 juta kos kontrak diberikan kepada 22 pembekal manakala bagi tempoh 2015 hingga 2016, RM525.4 juta kepada 30 pembekal.

Manakala bagi tempoh 2017 hingga 2019, jumlah kos kontrak RM1.325 bilion (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an-GST enam peratus).

Kontrak itu katanya, untuk mereka bentuk dan membina sistem hibrid solar, membekalka­n diesel dan menyelengg­ara penjana kuasa untuk 369 sekolah yang telah diberikan kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) kepada satu kontraktor, Jepak Holding Sdn Bhd.

“Pecahan kontrak ini ialah pendahulua­n & keadaan am (RM25,459,757), sistem panel solar (RM 754,838,127), reka bentuk dan binaan & penyeliaan (RM10,569,340.80)danoperasi & penyelengg­araan set penjana kuasa (RM459,132,775.20),” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia