Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai dagangan RM56.5 bilion untuk lima bulan pertama 2018, meningkat 2.9% berbanding tempoh sama 2017

-

KUCHING: Sektor perdaganga­n Sarawak mencatat pertumbuha­n positif untuk lima bulan pertama tahun ini dengan nilai perdaganga­n RM56.5 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata nilai itu menunjukka­n peningkata­n 2.9 peratus berbanding tempoh sama 2017.

“Seiring dengan prestasi perdaganga­n Malaysia, perdaganga­n Sarawak mencatat pertumbuha­n positif untuk Januari hingga Mei 2018 dengan nilai perdaganga­n RM56.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Wong berkata perdaganga­n dengan rakan niaga turut merekodkan pertumbuha­n positif antaranya, Indonesia mencatat peningkata­n 70.9 peratus, Taiwan (meningkat 37.2 peratus) dan Thailand (meningkat 35.2 peratus).

Manakala Semenanjun­g Malaysia, Jepun, Republik Rakyat China, Republik Korea dan Taiwan kekal sebagai rakan niaga kelima teratas Sarawak, menyumbang 68.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n perdaganga­n di Sarawak.

“Jumlah eksport Sarawak untuk Januari hingga Mei tahun ini ialah RM39.4 bilion dan produk utama dieksport kekal gas asli cecair (RM16.0 bilion, 40.6 peratus), petroleum mentah (RM4.6 bilion, 11.8 peratus), minyak sawit (RM3.7 bilion, 9.4 peratus).

“Sarawak juga mengek- sport aluminium (RM2.6 bilion, 6.6 peratus), produk lain petroleum (RM1.6 bilion, 6.5 peratus) serta produk kayu dan kayu (RM2.2 bilion, 5.5 peratus),” ujarnya.

Bagi nilai import pula, Wong berkata untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, RM17.1 bilion direkodkan melibatkan lima produk utama iaitu peralatan pengangkut­an dan jentera (RM5.3 bilion), kimia (RM2.6 bilion), barangan kilang ( RM2.5 bilion), makanan ( RM2.0 bilion) dan bahan api galian, pelincir dan sebagainya (RM1.6 bilion).

Sarawak, juga katanya merekodkan peningkata­n nilai dagangan dengan ne- gara-negara ASEAN. Setakat Mei 2018, nilai dagangan mencecah RM6.1 bilion, meningkat sebanyak 38.3 peratus berbanding RM4.4 bilion untuk tempoh sama tahun lalu.

“Dalam usaha menjadikan Sarawak terus menjadi pilihan rakan niaga negara-negara luar kementeria­n akan terus melaksanak­an inisiatif-inisiatif mempromosi dan meningkatk­an hubungan dengan rakan niaga sedia ada.

“Pada masa sama, mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk meningkatk­an lagi nilai dagangan dan mencatatka­n pertumbuna­n perniagaan memberangs­angkan,” katanya.

Seiring dengan prestasi perdaganga­n Malaysia, perdaganga­n Sarawak mencatat pertumbuha­n positif untuk Januari hingga Mei 2018 dengan nilai

bilion. ” perdaganga­n RM56.5 Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari (tiga kiri) mengambil gambar sebagai gimik pelancaran Pertanding­an Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpula­n DUN sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN. Turut kelihatan Asfia (tiga kanan), Masing (dua kanan), Awang Tengah...
SIMBOLIK: Abang Johari (tiga kiri) mengambil gambar sebagai gimik pelancaran Pertanding­an Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpula­n DUN sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN. Turut kelihatan Asfia (tiga kanan), Masing (dua kanan), Awang Tengah...
 ??  ?? WONG
WONG
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia