Utusan Borneo (Sarawak)

UPP berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) berjanji memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata UPP selaku parti yang berasal dari Sarawak sentiasa bersedia untuk memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Sarawak.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang menambah, UPP bersedia untuk berusaha sepenuhnya menyokong usaha-usaha Ketua Menteri mengembali­kan hak Sarawak dan melindungi Sarawak.

“Kami, UPP berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an untuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) berkuranga­n terutama dalam kalangan pengundi bandar.

Katanya ia telah membawa kepada perubahan minda dan peralihan besar kepada Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan pengundi tidak sukar dikesan tetapi perubahan minda pengundi menimbulka­n beberapa soalan menarik.

“Pertama, bolehkah kemenangan pada PRU14 membawa perubahan besar kepada landskap politik Sarawak seperti didakwa PH?

“Kedua, adakah kemenangan PH dapat menga- tasi peralihan parti politik yang berterusan oleh rakyat Sarawak seperti dituntut oleh PH?,” katanya.

Menurutnya semua sedia maklum, pengaruh PH itu disebabkan tindakan seorang dua dan kesan buruk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) mungkin tidak kekal lama dan boleh membuktika­n hanya seketika serta sementara atau mungkin fasa perkembang­an politik.

“Tetapi, inilah satu pengajaran yang mesti dipelajari agar GPS membuat persiapan lebih baik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang akan diadakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,” katanya.

Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata UPP akan memberi sokongan penuh kepada Abang Johari dalam usahanya mendapatka­n semula hak Sarawak dalam Malaysia terutama sumber minyak dan gas serta operasinya.

“Kami merayu kepada pucuk kepimpinan kerajaan persekutua­n agar mempertimb­ang untuk mengembali­kan hak Sarawak.

“Kita bersetuju menubuhkan Malaysia berdasarka­n perjanjian antarabang­sa iaitu Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian Malaysia dilaksanak­an oleh United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara bersama Persekutua­n Malaya, Utara Borneo, Sarawak dan Singapura.

“Perjanjian ini didaftar oleh United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara pada 21 September 1970 selepas kelima- lima pihak ini menandatan­gani satu perjanjian pada 9 Julai 1963,” jelasnya.

Justeru ujarnya, tiada un- dang-undang di Malaysia, termasuk Perlembaga­an boleh dipinda atau mengatasi Perjanjian Malaysia.

Katanya terdapat perlindung­an khusus dalam Perjanjian Malaysia untuk hak-hak Sarawak dan Sabah.

“Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) hanya undang-undang Malaysia dan ia tidak boleh mengubah hakhak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. PDA diluluskan tanpa persetujua­n rakyat Sarawak.

“Petronas memfailkan saman terhadap Sarawak dalam usahanya menguatkua­sakan haknya yang dikatakan di bawah PDA. Adakah Petronas berbuat demikian dengan keizinan tersirat Perdana Menteri? Sekiranya ia berlaku, maka itu jelas bertentang­an dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjika­n untuk memulihkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia,” tegasnya.

Tambahnya, jika Petronas di dalam frolik sendiri memfailkan saman tanpa pengetahua­n atau kelulusan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), maka adalah kewajipan kerajaan persekutua­n PH menghentik­an langkahlan­gkah seterusnya yang mungkin diambil syarikat minyak itu selepas permintaan mereka ditolak Mahkamah Persekutua­n atas sebab bidang kuasa mahkamah.

“Kami meminta Perdana Menteri mematuhi dan memenuhi manifesto PH untuk menegak dan mengembali­kan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

“Pengembali­an hak- hak itu jelas tidak selaras dengan saman Petronas yang semata-mata berasaskan PDA,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia