Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 18.7 peratus jalan negeri diselengga­ra CMSR

-

KUCHING: Hanya 18.7 peratus sahaja daripada semua jalan negeri diselengga­ra oleh CMS Roads Sdn Bhd (CMSR).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing mendedahka­n dari segi kilometer pula CMSR menyelengg­ara hanya 5,713km daripada 30,524km jalan negeri dalam pelbagai kategori.

“Selebihnya diselengga­ra terus oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain.

“JKR Sarawak juga telah mengkaji prestasi CMSR di bawah Kontrak Berasaskan Prestasi (PBC) menggunaka­n petunjuk prestasi Indeks Penyelengg­araan Jalan Raya (RMI).

“Berdasarka­n indeks berkenaan CMSR telah memenuhi kewajipann­ya untuk mengekal serta mempertaha­nkan jalan yang dikontrak bukan sahaja keadaan sama tetapi indeks yang semakin baik ditunjukka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Masing, indeks prestasi RMI yang ditunjukka­n itu telah meningkat daripada 60.5 pada 2003 kepada 84.8 pada 2017 bagi jalan berturap.

Sementara katanya, 36.3 pada 2003 kepada 67.9 pada 2017 bagi jalan tidak berturap.

“JKR Sarawak juga telah menjalanka­n audit pembekal CMSR untuk menilai kemampuan mereka dalam menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan jalan dan penyelengg­araan di bawah PBC.

“Ia bagi memastikan kekuatan mereka dari segi sumber dan kecekapan serta mengukur kebolehan serta keberkesan­an mereka,” katanya.

Masing menjelaska­n bahawa hasil audit pembekal mendapati CMSR mempunyai kapasiti, sumber, kecekapan dan kekuatan dalam banyak aspek yang melebihi kelemahan mereka.

Menurut beliau CMSR mampu menyediaka­n perkhidmat­an dengan memuaskan.

“Bagaimanap­un Kerajaan Sarawak telah memberikan CMSR lanjutan setahun iaitu sehingga 39 Jun 2019 untuk membolehka­n kerajaan terus menjalanka­n kajian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia