Utusan Borneo (Sarawak)

Masing kecewa kerajaan PH tidak utama pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing kecewa dengan surat rasmi daripada Kementeria­n Kewangan yang mengarahka­n projek bernilai RM10 juta yang mana Surat Anugerah (Letters of Award) belum dikeluarka­n, akan dilaksana mengikut tahap keutamaan.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an itu berkata surat bertarikh 29 Jun 2018 itu juga antara lain menyatakan jika perkembang­an projek pembinaan kurang daripada 15 peratus turut mengikut tahap keutamaan.

“Menurut surat rasmi berkenaan, projek dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu kritikal, sederhana kritikal atau tidak kritikal.

“Berdasarka­n surat rasmi sama juga, pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar dikelaskan sebagai sederhana kritikal. Dalam erti kata lain, Malaysia baharu melihat pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar sebagai kedua dan dalam istilah lain ‘ada tak ada, tak apa’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambah Masing, memandangk­an Sarawak mempunyai kawasan pedalaman yang besar dan rakyat Sarawak akan mengalami kerugian paling besar disebabkan garis panduan baharu itu.

Memandangk­an Sarawak mempunyai kawasan pedalaman yang besar, Sarawak dan rakyat Sarawak adalah pihak yang akan mengalami kerugian paling besar berdasarka­n garis panduan baharu ini.

“Malaysia baharu merasakan pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar tidak lagi menjadi keutamaan dan secara umum telah diklasifik­asikan sebagai ‘tidak kritikal’, maka itu ia tidak akan diberi keutaman apabila berkaitan dengan bajet.

“Garis panduan dan arahan terbaharu daripada Kementeria­n Kewangan (MOF) seolah-olah menunjukka­n bahawa pembanguna­n Sarawak dan kesejahter­aan rakyat Sarawak hanyalah kedua,” tegasnya.

Masing berkata, kementeria­n beliau faham bahawa kerajaan baharu di peringkat persekutua­n cuba memperbaik­i proses pentadbira­n dan prosedur untuk perolehan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia