Utusan Borneo (Sarawak)

Berpotensi dalam sektor agropolita­n, akuakultur, pelanconga­n sekali gus jadi penyumbang kepada ekonomi Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Lawas mempunyai potensi untuk dimajukan dalam sektor agropolita­n, akuakultur dan pelanconga­n sekali gus menjadi penyumbang kepada sektor ekonomi Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daerah yang terletak di utara negeri ini mempunyai kekayaan sumber seperti tanah yang subur, alam semula jadi melalui Gunung Murud dan Teluk Brunei untuk menggalak pelanconga­n dan bakal diterokai ialah sektor petroleum dan gas.

“Kerajaan memberi jaminan untuk meneruskan usaha bagi merealisas­ikan projek penapisan minyak di Lawas melalui penglibata­n pelabur luar negara yang telah menyatakan minat mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Tebingan Sungai Awat-Awat dan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Lawas di Awat-Awat barubaru ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n BandardanS­umberAsliK­edua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak menjelaska­n bagi sektor perikanan, pihak konsultan dari Taiwan dan Universiti Malaysia Sabah telah mengesahka­n kesesuaian laut sekitar Lawas untuk aktiviti akuakultur.

Manakala untuk sektor pertanian pula, beliau mahu Kementeria­n Pertanian mempercepa­tkan segala projek berkaitan sektor pertanian, perikanan dan penternaka­n di Lawas.

“Usaha ini akan terlaksana melalui penglibata­n sektor swasta untuk melonjak sektor berkaitan perikanan seperti ikan tahai yang boleh dimajukan di daerah ini,” jelasnya.

Awang Tengah terus menyeru rakyat berjuang bersama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam membela nasib rakyat dan melaksanak­an segala program pembanguna­n yang diperlukan rakyat.

Kerajaan memberi jaminan untuk meneruskan usaha bagi merealisas­ikan projek penapisan minyak di Lawas melalui penglibata­n pelabur luar negara yang telah menyatakan minat mereka. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? GANDINGAN MANTAP: Awang Tengah bersama Abang Johari melihat potensi besar yang boleh diwujudkan dalam sektor pelanconga­n di Awat-Awat baru-baru ini.
GANDINGAN MANTAP: Awang Tengah bersama Abang Johari melihat potensi besar yang boleh diwujudkan dalam sektor pelanconga­n di Awat-Awat baru-baru ini.
 ??  ?? TIDAK BERGANJAK: Lukanisman Awang Sauni (kanan) dan ahli GPS lain kekal berada di tempat duduk masing-masing.
TIDAK BERGANJAK: Lukanisman Awang Sauni (kanan) dan ahli GPS lain kekal berada di tempat duduk masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia