Utusan Borneo (Sarawak)

Pesakit HIV diberi tempat tinggal di Teratak Kasih Tok Nan

-

KUCHING: Satu majlis makan malam gala telah diadakan Ahad lalu bagi menyokong Teratak Kasih Tok Nan di Hotel Hilton di sini.

Teratak Kasih Tok Nan telah dinamakan sempena nama bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Ia telah diasaskan oleh Yayasan AIDS Malaysia yang juga merupakan rakan CSR Hotel Hilton yang turut menyambut ulang tahun ke30 sambil membantu golongan pesakit HIV dari kawasan pedalaman negeri ini.

Pesakit akan diberikan tempat tinggal di Teratak Kasih Tok Nan sambil menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak di sini.

Pihaknya telah menetapkan hasrat untuk menyumbang kesemua hasil kutipan kepada Teratak Kasih Tok Nan.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an mengucapka­n penghargaa­n kepada pihak Hilton Kuching atas sumbangan mereka.

Hadir untuk merasmikan majlis makan malam gala itu adalah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau memuji usaha Yayasan AIDS Malaysia dan Hilton Kuching dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Teratak Kasih Tok Nan adalah usaha peribadi Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu, isteri kepada Adenan, yang merupakan cinta kasih sayangnya terhadap Sarawak dan keinginann­ya untuk membantu golongan kurang berkemampu­an dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau juga mengulas bahawa Kerajaan Sarawak menyedari bahawa AIDS dan HIV mesti ditangani dengan sepenuh hati dan kerajaan akan terus menyokong program AIDS kritikal.

Selain itu, beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah menyokong perjuangan membasmi AIDS dan HIV yang akan diperangi kerajaan berhabis-habisan.

Sementara itu Karim juga mengumumka­n sumbangan sebanyak RM30,000 untuk membantu dan menyokong Teratak Kasih Tok Nan.

Beliau juga mencadangk­an kepada Jamilah yang juga penaung Pusat Bantuan Sokongan Satu Pusat AIDS Kuching untuk meminta lebih banyak dana daripada Ketua Menteri bagi menambah dana Teratak Kasih Tok Nan bagi membantu golongan yang memerlukan di sini.

Turut hadir Pengurus Besar Hilton Kuching Hamish Watts.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia