Utusan Borneo (Sarawak)

Curi: Penjaga stor dipenjara 91 bulan, denda RM16,000

-

MIRI: Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman penjara 91 bulan dan denda RM16,000 atau 19 bulan penjara setelah mengaku bersalah lapan tuduhan menyimpan pelbagai harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Yap Kian Yiep didakwa atas lapan tuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu sekeping kad pengenalan dan lesen memandu kepunyaan seorang wanita.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.15 tengah hari, pada 23 Jun lalu di sebuah lot, Jalan Taman Piasau Edar, Taman Piasau di sini.

Manakala kes kedua dan ketiga, tertuduh didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu sebuah komputer riba kepunyaan Ezra Uda serta sebuah komputer riba, sekeping kad permit kependuduk­an UK dan sebuah viola kepunyaan Fong Phui Sann.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat sama.

Sementara dalam kes kelima (dua tuduhan), tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan serupa dengan menyimpan harta curi iaitu sebuah kenderaan kepunyaan sebuah syarikat swasta diletakkan di bawah jagaan Hong Heng How.

Selain itu, Yap juga didapati menyimpan barang-barang curi seperti empat keping pasport, sebuah beg, anak kunci, dua alat kawalan jauh sebuah kenderaan dan satu anak kunci merupakan kepunyaan Hong Heng How.

Manakala bagi kes keenam, tertuduh didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu sebuah beg tangan kepunyaan Charlyn Smor.

Bagi kes ketujuh, tertuduh didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu satu seragam celoreng bomba, sebuah beg, seutas tali pinggang bomba, satu set butang baju bomba, sebuah beg merah dan satu unit alat komunikasi semuanya bernilai RM1,500 kepunyaan Dimas Laing Anyi.

Sementara kes kelapan dan kesembilan, tertuduh didapati dengan curang menerima dan menyimpan 13 pasport Indonesia milik pekerja Liu Sze How serta satu kunci sebuah kenderaan milik Mohd Aidil Azwad Hasmadie.

Semuakesal­ahanitudid­akwa dilakukan tertuduh pada masa dan tempat sama.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an beliau merupakan seorang duda satu anak dan bekerja sebagai penjaga stor.

Tertuduh mengaku menyimpan barang-barang itu merupakan kepunyaan rakan demi mendapatka­n komisyen.

Setelah mendengar pengakuan salah tertuduh, mahkamah menggenaka­n denda RM3,000 atau empat bulan penjara bagi kes pertama, 12 bulan penjara bagi kes kedua dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara bagi kes ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia