Utusan Borneo (Sarawak)

Agihan peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Harapan wajar

-

MUKAH: Agihan peruntukan diberikan kepada wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) mendapat tindak balas positif daripada pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu.

“Sesuatu yang memang sepatutnya diberikan (peruntukan), sebab mereka ( ADUN PH) juga dipilih oleh rakyat,” katanya ditanya mengenai pendapatny­a tentang hal itu semalam.

Abdul Yakub mengakui sebenarnya setiap urusan sedikit sebanyak memerlukan perbelanja­an dan dana besar.

Dengan dana yang diperuntuk­kan, wakil rakyat PH dapat menggunaka­nnya ketika berurusan sama ada dengan rakyat atau dengan kerajaan.

ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya turut memberi jawapan sama dan bersetuju dengan langkah bakal diambil Kerajaan Sarawak itu.

“Itu sangat bagus dan selepas ini tidak ada alasan untuk tidak melakukan kerja di lapangan,” jelasnya.

Sementara itu, cadangan itu juga dialu-alukan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mukah Abdul Jalil Bujang yang mengatakan ia adalah mengikut langkah kerajaan PH.

“Langkah yang baik demi kepentinga­n rakyat. Gabungan Parti Sarawak ( GPS) sepatutnya mempraktik­kan seawal-awalnya,” katanya.

Abdul Jalil memberitah­u, setiap ADUN PH merupakan pilihan rakyat yang bersama menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

Oleh itu, mereka sebenarnya berhak menerima setiap kemajuan seperti kawasan diwakili GPS.

“Bagaimanap­un, pemberian serta pelaksanaa­n dana itu harus dibuat secara telus.

“Ini supaya tidak berlaku ketirisan atau penyelewen­gan yang boleh berlaku dan rakyat menerima manfaat secara maksimum,” katanya.

Baru-baru ini, ADUN PH melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kompleks DUN dan memohon diberikan geran projek kecil luar bandar (MRP).

Perkara itu difahamkan dipersetuj­ui Kerajaan Sarawak namun pengumumam serta jumlah diperuntuk­kan belum dibuat secara rasmi.

 ??  ?? DR JUANDA JAYA
DR JUANDA JAYA
 ??  ?? ABDUL YAKUB ARBI
ABDUL YAKUB ARBI
 ??  ?? ABDUL JALIL
ABDUL JALIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia