Utusan Borneo (Sarawak)

Agong sudah berkenan beri pengampuna­n penuh kepada Anwar

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutua­n berhubung semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampuna­n menolak petisyen sabitan kes liwatnya.

Peguam Latheefa Koya yang memaklumka­n perkara itu kepada pemberita, berkata Anwar menarik balik rayuan berkenaan selepas Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampuna­n penuh kepada Ketua Umum PKR itu pada 16 Mei lalu.

Latheefa yang mewakili Anwar berkata notis pemberhent­ian untuk menarik balik kes sivil itu difailkan di Mahkamah Persekutua­n pada 26 Jun lalu dan anak guamnya turut memfailkan notis sama di Mahkamah Tinggi pada 4 Julai.

Pada 24 Jun 2015, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak perempuan mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan bagi mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman untuk membatalka­n keputusan lembaga itu pada 16 Mac 2015 dan agar lembaga itu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampuna­n dan membebaska­n Anwar.

Mereka menamakan Lembaga Pengampuna­n, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia dalam permohonan tersebut.

Mahkamah Tinggi pada 15 Julai 2016 menolak permohonan kebenaran itu dan turut tidak membenarka­n permo- honan Anwar untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutua­n berhubung proses yang diambil dalam keputusan Lembaga Pengampuna­n.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan di mana mahkamah itu pada 18 Jan lepas, mengembali­kan semula permohonan­nya untuk mendapatka­n kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman itu ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan juga membenarka­n permohonan Anwar dan keluargany­a untuk merujuk persoalan undangunda­ng ke Mahkamah Persekutua­n bagi menentukan sama ada proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampuna­n berhubung pengampuna­n diraja boleh dicabar di mahkamah.

Mahkamah Tinggi kemudianny­a merujuk persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutua­n dan pendengara­n semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi masih belum berjalan sementara menunggu keputusan di Mahkamah Persekutua­n.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantuny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Ketua Umum PKR itu dipenjarak­an di Penjara Sungai Buloh dan sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas Penolong Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) Johor di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.
— Gambar Bernama DITAHAN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas Penolong Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (UPEN) Johor di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia