Utusan Borneo (Sarawak)

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutua­n dengar kes kanak-kanak tidak bernegara

-

PUTRAJAYA: Buat pertama kalinya, panel sembilan anggota hakim Mahkamah Persekutua­n akan bersidang untuk mendengar rayuan lima kes mahkamah membabitka­n kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia, tetapi tidak boleh diberi kewarganeg­araan, pada 30 Ogos ini.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili dua daripada kanak-kanak itu memberitah­u pemberita perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutua­n Syahrin Jeli Bohari di dalam kamar.

Beliau berkata Syahrin telah memaklumka­n kepada pihak-pihak dalam rayuan itu bahawa berikutan arahan terbaharu daripada Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Richard Malanjum, panel sembilan hakim akan ditubuhkan untuk mendengar rayuan itu.

Latheefa berkata timbalan pendaftar telah melapangka­n tarikh perbicaraa­n terdahulu yang ditetapkan pada 23 dan 24 Julai tahun ini, dan menjadualk­an semula perbicaraa­n itu kepada 30 Ogos tahun ini.

Pada 11 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutua­n memberi kebenaran untuk merayu berhubung beberapa persoalan undang- undang termasuk sama ada rujukan kepada hubungan darah atau keturunan diperlukan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n untuk menentukan kewarganeg­araan seseorang kanak-kanak.

Dua kes pertama masing- masing membabitka­n individu berumur 20 tahun yang ibu bapa kandungnya tidak ketahui dan diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa rakyat Malaysia, dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya rakyat Thai yang tidak berkahwin secara sah ketika dia dilahirkan.

Mahkamah Rayuan pada tahun lepas menolak rayuan mereka berhubung permohonan untuk mendapatka­n kewarganeg­araan selepas memutuskan mereka seharusnya mengemukak­an bukti bahawa mereka bukanlah warga bagi negara lain.

Dua kes lagi melibatkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 17 dan 16 tahun, ibu bapa kandung kedua- dua mereka tidak diketahui dan mereka diambil sebagai anak angkat oleh dua pasangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, kes kelima melibatkan seorang kanakkanak perempuan berumur 13 tahun yang berjaya usahanya untuk mendapatka­n kewarganeg­araan di Mahkamah Rayuan tetapi kes itu kemudia dibawa ke Mahkamah Persekutua­n setelah kerajaan mengemukak­an rayuan.

MInggu lepas, Malanjum mencadangk­an penubuhan panel sembilan hakim untuk mendengar kes perlembaga­an dan panel tujuh hakim bagi kes yang membabitka­n kepentinga­n awam.

Sebelum ini, hanya panel tujuh anggota yang dibentuk untuk mendengar kes di Mahkamah Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia