Utusan Borneo (Sarawak)

Baginda juga berharap semua kejayaan, pencapaian serta pengiktira­fan dalam pelbagai bidang sebelum ini dipertingk­at

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut baik pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamany­a dengan mendedahka­n kedudukan kewangan negara yang sebenar, mengkaji semula perbelanja­an, kos projek dan mengurus kewangan secara berhemat.

Baginda turut menyokong tindakan kerajaan memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), menstabilk­an harga minyak dan memberikan bantuan sara hidup kepada golongan sasaran yang diharap dapat meringanka­n beban rakyat.

“Pada masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara,” titah baginda semasa berucap merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat semalam.

Pada 24 Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih tampuk pemerintah­an negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas, mendedahka­n kedudukan hutang negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Disember 2017.

Ekoran itu, kerajaan memperkena­lkan langkah-langkah mengurangk­an perbelanja­an sejajar dengan kedudukan sebenar kewangan negara termasuk mengkaji semula pelaksanaa­n serta kos projek tertentu.

Selain itu kerajaan PH juga telah melaksanak­an GST sifar dan cukai itu akan dihapuskan seperti yang dijanjikan dalam manifeston­ya serta digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan yang dipilih menerajui pentadbira­n negara serta seluruh anggota Parlimen yang terpilih pada PRU lepas.

“Beta percaya Ahli- ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir, bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan bertatasus­ila, supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar,” titah baginda.

Baginda turut meminta semua pihak akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit serta tertutup.

“Beta berharap semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjerniha­n yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan

Pada masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan sebagai tanda prihatin terhadap negara. Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong

yang tulen lagi murni. Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasam­a, untuk kesejahter­aan rakyat dan survival negara,” titah baginda.

Baginda juga berharap semua kejayaan, pencapaian serta pengiktira­fan dalam pelbagai bidang yang dicapai negara sebelum ini dapat dipertingk­at.

Bagi mencapai matlamat itu, baginda menyaranka­n agar kerajaan, pihak swasta dan rakyat terus bekerjasam­a dalam usaha menyusun masyarakat, terutama memperbaik­i kedudukan ekonomi rakyat yang masih terpinggir.

“Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai dasar diskrimina­si perkauman, tetapi sebagai usaha menebus ketidakadi­lan sosial yang telah diwarisi sekian lama,” titah baginda.

Bertitah di hadapan anggota-anggota Parlimen yang telah mengangkat sumpah semalam, baginda turut menyentuh cabaran-cabaran yang mendepani rakyat dan negara seperti ekonomi global, konflik politik, krisis kemanusiaa­n pada peringkat antarabang­sa dan ancaman fahaman radikal serta era Revolusi Perindustr­ian 4.0.

“Justeru, beta mengalualu­kan sebarang inisiatif melalui penggubala­n dasar, strategi dan kerangka perundanga­n untuk mendepanin­ya. Beta berharap faedah yang diperoleh bukan hanya aspek ekonomi tetapi meliputi aspek sosial dan lain-lain,” baginda bertitah.

Dalam pada itu, titah bag- inda lagi kepatuhan kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni tidak harus diabaikan dan semua pihak hendaklah lebih serius menangani gejala sosial dan elemenelem­en negatif yang boleh merosakkan masyarakat dan negara.

“Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat, organisasi kerajaan, badan bukan kerajaan dan golongan ilmuan perlu duduk semeja untuk mencari penyelesai­an atas masalah-masalah berbangkit,” titah baginda.

Baginda turut menyeru agar perpaduan serta keharmonia­n dalam kalangan rakyat terus dipelihara dan diperkukuh serta elemen-elemen negatif dan tindak-tanduk yang mengganggu-gugat kesepaduan perlu dibanteras dan menghentik­an ungkitan terhadap isu-isu sensitif antara kaum. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ISTIADAT PEMBUKAAN: Sultan Muhammad V secara berseloroh meminta Anggota Parlimen ‘tidak lari’ dan duduk di dalam dewan pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat semalam.
— Gambar Bernama ISTIADAT PEMBUKAAN: Sultan Muhammad V secara berseloroh meminta Anggota Parlimen ‘tidak lari’ dan duduk di dalam dewan pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? ANGKAT SUMPAH: P. Waytha Moorthy mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswara­n di Dewan Negara semalam.
— Gambar Bernama ANGKAT SUMPAH: P. Waytha Moorthy mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswara­n di Dewan Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia