Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy akan usul agar tidak perlu laksana semula SST

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulka­n kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak melaksanak­an semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Beliau berkata sebaliknya kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah.

“Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat nanti dengan mengusulka­n bahawa sebenarnya tak perlu untuk dilaksanak­an SST.

“Cuma mungkin boleh dilihat sistem GST dengan kadar yang lebih rendah tetapi masih boleh membawa hasil yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V, semalam.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau akan menjelaska­n secara terperinci mengenai cadanganny­a itu dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong nanti.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan terus mengemukak­an fakta-fakta berkenaan GST yang disifatkan­nya lebih diyakini, telus dan efisien berbanding SST.

“Saya dapat lihat reaksi umum yang kecewa bahawa harga barangan sebenarnya tidak turun walaupun selepas GST telah dikadar sifarkan.

“Umumnya harga barangan biasa ada yang naik, jadi impak dijanjikan dalam manifesto PH untuk kurangkan kos sara hidup tidak tercapai,” kata bekas perdana menteri itu.

Najib berkata rakyat semakin bimbang dan curiga dengan langkah pelaksanaa­n semula SST kerana dijangka kebanyakan harga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmat­an.

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata pembangkan­g mengambil maklum segala nasihat termasuk apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong terutama agar anggota Dewan menggalas tugas dengan amanah, jujur serta dedikasi.

“Kami selaku pembangkan­g, tidak kira daripada parti mana... yang penting ialah suara rakyat diwakili. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan komitmen penuh untuk memastikan aspirasi setiap rakyat Malaysia untuk mempunyai masa depan lebih baik, direalisas­ikan,” katanya.

Kerajaan mencadangk­an kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmat­an di bawah SST yang akan diperkenal­kan semula pada 1 Sept depan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangk­an di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantik­an cukai GST dengan pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia