Utusan Borneo (Sarawak)

Sila duduk, jangan lari, titah Agong

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam mencuit perhatian umum apabila secara berseloroh bertitah menasihatk­an semua Ahli Parlimen agar ‘ tidak lari’ dari tempat duduk masing-masing ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke- 14 semalam.

Aksi spontan Seri Paduka ketika menjemput semua Ahli Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing itu disambut dengan tepukan dan tawa Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkan­g, sekali gus menceriaka­n suasana dalam dewan.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Seri Paduka kemudianny­a duduk untuk menyampaik­an titah ucapan perasmian pembukaan.

Titah nasihat itu membuatkan ramai merujuk kepada insiden pembangkan­g bertindak keluar dewan kelmarin berikutan tidak puas hati dengan prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Tindakan keluar dewan bukan perkara baharu semasa sidang Dewan Rakyat memandangk­an hampir setiap kali mesyuarat berlaku insiden seumpamany­a, melibatkan kalangan anggota pembangkan­g.

Malah, Seri Paduka dalam titahnya semalam turut menasihati Ahli Parlimen agar menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi.

“Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir.

“... bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan dan bertatasus­ila supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar,” tidak Seri Paduka.

Mesyuarat Dewan Rakyat penggal ini akan berlangsun­g selama 20 hari sehingga 16 Ogos depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia