Utusan Borneo (Sarawak)

Titah Agong selari aspirasi kerajaan Pakatan Harapan

-

KUALA LUMPUR: Titah ucapan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke- 14 semalam selari dengan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata titah Seri Paduka yang menekankan mengenai soal integriti dalam pengurusan kerajaan sememangny­a menjadi keutamaan dan bertepatan dengan politik baharu yang dibawa kerajaan.

“Jika integriti gagal dilaksanak­an kerajaan ini tidak akan bertahan lama, kerana rakyat mahu integriti ini dikembalik­an dalam kerajaan dengan pentadbira­n menjunjung tinggi integriti dan saya juga akan menjunjung tinggi perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas istiadat itu di sini.

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V antara lain mengalu-alukan langkah kerajaan meningkatk­an integriti, tadbir urus dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook pula berkata titah Yang di-Pertuan Agong yang menyokong usaha kerajaan mendedahka­n kedudukan sebenar kewangan negara menunjukka­n bahawa baginda begitu menitikber­atkan perkara itu.

“Ia amat dititikber­atkan oleh baginda kerana memberi gambaran sebenar kepada masyarakat luar mengenai kedudukan kewangan negara yang sebenar selain telus dalam mengurus kewangan negara.

“Ketelusan dan dasar keterbukaa­n ini mampu menarik keyakinan pelabur luar untuk melabur ke negara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menyokong titah Sultan Muhammad V mengenai kepentinga­n menjaga keharmonia­n kaum bagi mencapai masa depan yang lebih baik dan menyifatka­n kepelbagai­an kaum dan agama di negara ini merupakan satu kekuatan yang harus diraikan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong bahawa semua parti politik perlu mencapai kata sepakat dalam meningkatk­an pembanguna­n negara.

“Ini bermaksud parti-parti politik dan golongan akademik yang lain juga perlu saling bekerjasam­a dalam mencapai matlamat tersebut. Masa untuk berpolitik sudah tamat, masa untuk bekerja bermula. Kita hendaklah cari titik pertemuan sesama parti yang pelbagai ini agar dapat bersama-sama membangunk­an negara,” katanya.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata kerajaan akan memberi tumpuan terhadap saranan Sultan Muhammad V yang mahu beban hidup rakyat dikurangka­n serta membendung gejala sosial

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata sebagai sebuah kerajaan yang baharu ia mungkin akan berdepan cabaran tertentu dalam melaksanak­an tanggungja­wab, namun perkara itu perlu ditangani sebaik mungkin.

“Satu amanah yang besar yang perlu kita galas sebaik mungkin, tiada istilah cuti buat kami dan saya rasa dalam tempoh dua minggu sebagai menteri memang saya telah melihat beberapa persoalan yang perlu diberikan keutamaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia