Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan PAIP maut kemalangan membabitka­n tiga kenderaan

-

KUANTAN: Seorang kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di KM16 Jalan Lipis - Benta, berdekatan Taman Jelai, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azri Akmar Ayob berkata mangsa, Mohd Sabri Yusuf, 30, berasal dari Kampung Padang Tengku Lipis, yang sedang memandu Perodua Myvi dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Dalam kemalangan pada 7.30 pagi itu, Toyota Hilux yang dipandu pelajar perempuan berusia 18 tahun turut dinaiki seorang kakaknya dan rakan lelaki, masing-masing berusia 19 tahun, sedang dalam perjalanan ke sebuah sekolah menengah di Lipis.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu dilaporkan cuba untuk memotong sebuah lori pada garisan berkembar, namun tidak lepas sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Sabri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Katanya berikutan pertembung­an itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dalami, manakala pemandu dan dua penumpang kenderaan pacuan empat roda terlibat hanya mengalami cedera ringan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat dan polis turut menjalanka­n ujian air kencing terhadap pelajar perempuan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia