Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM Kelantan patahkan tiga cubaan seludup ketum, rokok dan beras

-

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpuna­n di pekarangan tempat letak kereta berhampira­n ibu pejabat polis Bukit Aman semalam untuk memberi keterangan kerana mengadakan perhimpuna­n tanpa permit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata penganjur akan dipanggil kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpuna­n Aman (APA) 2012.

“Kami akan ambil keterangan penganjur kerana mereka jelas mengadakan perhimpuna­n tanpa kebenaran.

Dianggarka­n 60 peserta menyertai perhimpuna­n itu dan mereka tidak berarak ke bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Bukit Jalil di sini, semalam.

Menurutnya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpuna­n yang bermula jam 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohana­n namun ia dapat dikawal oleh polis.

Terdahulu, polis menghalang peserta menyertai perhimpuna­n anjuran kumpulan yang menggelar diri sebagai Pemantau Malaysia Baru daripada menghampir­i kawasan Parlimen semasa istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam.

Dalam perkembang­an lain, Mazlan berkata pihaknya percaya 26 das tembakan yang dilepaskan di pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras pada Jumaat lepas, dilakukan oleh orang upahan.

“Kami juga tidak menolak kemungkina­n wujud elemen peras ugut melibatkan kewangan dalam kes itu,” katanya sambil menambah polis ingin menghubung­i dua lelaki iaitu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta rakannya supaya tampil membantu siasatan. — Bernama TANAH MERAH: Agensi Kawalan Sempadan ( AKSEM) Kelantan semalam menumpaska­n tiga cubaan menyeludup masuk tiga jenis barang dalam operasi berasingan selama tujuh jam bermula jam 4 pagi semalam.

Komanderny­a Rosli Karim berkata dalam operasi pertama, pihaknya merampas 320 kilogram daun ketum serta menahan tiga lelaki berusia 30-an di Bukit Bunga pada jam 8 pagi semalam.

“Daun ketum terbabit yang dimuatkan di dalam dua buah kereta dipercayai dibawa masuk dari utara untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di pejabat Aksem Bukit Bunga di sini.

Beliau berkata dalam satu lagi operasi pada jam 10 pagi di Wakaf Bata, Machang, pihaknya merampas 56,000 kotak rokok putih bernilai RM761,600 namun tiada tangkapan dibuat.

Dalam operasi di Bukit Yong, Machang, pihaknya merampas 40 kampit beras bernilai RM2,800 dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Tiga suspek yang ditahan berkaitan daun ketum itu akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala rokok dan beras akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia