Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada siapa harus dipinggirk­an dalam proses demokrasi termasuk mereka yang mungkin tidak bersetuju

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepika­n dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yang lain.

Tiada siapa harus dipinggirk­an dalam proses demokrasi ini termasuk mereka yang mungkin tidak bersetuju, titah baginda.

“Setiap orang di bumi Malaysia harus mengambil bahagian dan kita perlu melibatkan semua pemegang taruh negara dalam perjalanan bersejarah ini,” titah baginda dalam ucaptama pada Persidanga­n Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kelima (WCIT 2018), di sini.

Persidanga­n tiga hari bertemakan ‘Melindungi Masa Depan’ itu yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah serta menyaksika­n penyertaan lebih 20 tokoh terkemuka tempatan dan antarabang­sa.

Sultan Nazrin Shah bertitah Malaysia baharu sahaja melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksika­n rakyatnya membawa perubahan politik yang besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, menerusi peti undi.

“Bermula dari saat ini dalam sejarah negara kita yang masih muda, beta berharap rakyat Malaysia berasa mereka telah diperkasak­an untuk membuat pernyataan dan mempengaru­hi masa depan negara,” katanya.

Sultan Perak bertitah banyak yang perlu dilakukan bagi membolehka­n golongan muda menjadi pemacu perubahan, bagi memperkasa­kan mereka agar percaya masa depan adalah benar- benar milik mereka untuk diacu dan dibina.

“Kita sering kali bercakap tentang orang muda menjadi pemimpin dan pembuat dasar masa depan, namun beta cadangkan agar kita lakukan lebih banyak lagi untuk menjadikan golongan muda berasa mereka dirujuk dan dilibatkan secara aktif dalam proses membuat keputusan hari ini,” titah baginda.

Sultan Perak turut bertitah bahawa menafikan kuasa belia, ketidakten­tuan kewangan, pergolakan politik dan pemanasan global hanya sebahagian daripada isu besar yang harus ditangani secepat mungkin jika mahukan dunia mempunyai masa depan.

“Masa depan adalah tanggungja­wab kita bersama dan jika kita memikul tanggungja­wab itu, beta percaya masa depan itu sendiri akan menjadi ganjaran kepada kita pada kehidupan ini dan seterusnya,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah bertitah baginda percaya Islam mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada dunia dalam menangani cabaran terbesar masa depan manusia terutama dari segi ekonomi dan alam sekitar.

“Walaupun beta membuka persidanga­n ini dengan kenyataan yang serius, beta datang ke sini hari ini membawa pesanan yang mengandung­i harapan dan rasa positif, satu gesaan untuk bertindak. Beta datang ke sini untuk memberitah­u anda, menggesa anda agar percaya masa depan adalah milik kita.

“Masa depan adalah hak kita untuk dijaga, dibentuk dan beta harap juga untuk dinikmati. Masa depan adalah milik kita. Ia satu penegasan yang ringkas dan mudah,” titahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sultan Nazrin menghadiri Persidanga­n Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kelima ( WCIT 2018), di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sultan Nazrin menghadiri Persidanga­n Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kelima ( WCIT 2018), di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia