Utusan Borneo (Sarawak)

PPRN bantu tingkat tiga kali ganda produktivi­ti IKS

-

NILAI: Program Rangkaian Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ( JPPKK) berhasil membantu meningkatk­an tiga kali ganda produktivi­ti industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro industri.

Ketua Pengarah JPPKK Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata hasil penyelidik­an dan ciptaan warga politeknik dan kolej komuniti berjaya menyelesai­kan masalah yang dihadapi IKS dan mikro industri.

“Pengusaha IKS dan mikro industri akan bertemu dengan kami dan menyatakan masalah yang dihadapi mereka dan dari situ penyelidik kami akan mencipta produk yang dapat membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi pihak industri.

“Projek PPRN bukan sa- haja memberi manfaat kepada IKS dan mikro industri tetapi juga kepada komuniti setempat yang apabila produktivi meningkat, secara tidak langsung membantu meningkatk­an pendapatan mereka yang terlibat dengan sektor ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan PPRN JPPKK 2018 di Politeknik Nilai, di sini semalam.

Mohd Ismail berkata sejak 2015, sebanyak 93 geran bernilai RM3.34 juta telah diagihkan kepada politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

“Daripada jumlah itu 75 produk berjaya dihasilkan dan memberi manfaat kepada IKS dan mikro industri yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ismail dalam ucapannya berkata bagi meningkatk­an daya saing negara melalui pembanguna­n produk inovasi, beberapa aspek perlu diberi perhatian antaranya pendedahan di peringkat antarabang­sa seperti menghadiri seminar dan pertanding­an.

“Penyelidik juga perlu menyegerak­an usaha permohonan Harta Intelek dan seterusnya berusaha ke arah pengkomers­ilan,” katanya.

PPRN adalah sebuah inisiatif di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk menggalakk­an program inovasi berasaskan permintaan dalam memacu peningkata­n produktivi­ti serta pembanguna­n ekonomi Malaysia.

Tujuan PPRN adalah untuk meningkatk­an pendapatan IKS, meningkatk­an kemahiran dan kompetensi pensyarah dan mahasiswa politeknik dan kolej komuniti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia