Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah dianugerah DK Perlis

-

ARAU: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dianugerah Darjah Kerabat Perlis (DK) sempena sambutan keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l ke-75, semalam.

Pengisytih­aran penganuger­ahan itu dibuat sebelum Tuanku Syed Sirajuddin menyampaik­an anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat negeri kepada 34 penerima dalam istiadat yang berlangsun­g di Balai Penghadapa­n, Istana Arau.

Istiadat penganuger­ahan kepada Sultan Kedah akan diadakan pada majlis khas kemudian.

Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, penerima tunggal Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri mengetuai 34 senarai penerima semalam.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Asma Ismail pula dianugerah­kan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai lima penerima dianugerah­kan Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l (DSPJ) manakala empat lagi menerima anugerah Darjah Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullai­l (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima DSPJ ialah bekas anggota Exco Kerajaan Perlis Ahmad Bakri Ali, anggota Jawatankua­sa Majlis Agama Islam Perlis Datuk Ir Wan Ab Ghaffar Wan Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an) Majlis Agama Rakyat ( MARA) Zulfikri Osman, Panglima 1 Divisyen, Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak Mejar Jeneral Toh Choon Siang dan Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau Brig Jen Zarondin Md Amin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia