Utusan Borneo (Sarawak)

Usah pilih kasih ketika berhadapan dengan pelanggan: Ahmad Samsuri

-

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatk­an kakitangan awam yang berkhidmat di bahagian kaunter mana-mana jabatan atau agensi kerajaan di negeri ini supaya tidak bersikap pilih kasih terhadap pelanggan.

Beliau berkata mereka yang terlibat seharusnya bersikap profesiona­l tanpa membuat penilaian luaran berdasarka­n ‘penampilan’ seseorang.

“Lihatlah mana negaranega­ra maju lain seperti di Amerika dan Eropah yang begitu menghormat­i setiap rakyat yang datang berurusan dengan mereka, walaupun seorang pakcik berpakaian compang-camping tetap dipanggil dengan gelaran mesra...dijemput duduk untuk mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan.

“Kenapa kita tak boleh lakukan perkara sama kepada rakyat kita? Saya sangat berharap agar perkhidmat­an di kaunter ini akan berubah dengan semangat profesiona­lisme yang tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Ucap Negeri di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status dalam laman Facebook rasminya malam kelmarin berhubung pengalaman isterinya yang terkilan dengan sikap kurang berbudi bahasa seorang pegawai di kaunter Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu di Wisma Persekutua­n.

Dalam catatan status itu, Ahmad Samsuri berkata isterinya pergi ke pejabat itu pada kira-kira jam 11.30 pagi atas urusan pertukaran anaknya ke sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

“Saya berasa sangat terkilan dengan sikap kurang budi bahasa dan profesiona­lisme seorang pegawai di kaunter untuk urusan sekolah menengah, apabila bercakap kasar dan sombong. Kalau beginilah sikap sesetengah pegawai berurusan dengan rakyat, ia sangat memalukan.

“Sudah tentu saya akan me- maklumkan kepada Menteri Pendidikan ( Dr Maszlee Malik) bila bertemu nanti - iaitu sebahagian isu kerosakan profesiona­lisme,” catatnya dalam status yang mendapat lebih 12,000 reaksi dan 1,966 perkongsia­n netizen di seluruh negara itu.

Ahmad Samsuri, bagaimanap­un menegaskan perkara itu sudah diselesaik­an dengan baik dan pegawai terbabit telah memohon maaf serta semua pihak termasuk isterinya kini berlapang dada dengan insiden tersebut.

“Pesanan saya kepada isteri apabila pergi berurusan ke mana- mana sahaja jangan perkenalka­n diri sebagai isteri menteri besar, cukuplah datang sebagai rakyat biasa.

“Dari situlah baharu kita boleh membuat penilaian, senang atau susah, bagus atau tidak sesuatu perkhidmat­an tersebut,” katanya sambil berharap insiden itu menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi pada masa akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia