Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy pertahan diri, setia kepada parti

-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam mempertaha­nkan tindakanny­a yang kekal berada dalam Dewan Rakyat ketika anggota pembangkan­g yang lain dari UMNO dan PAS bertindak keluar dewan kelmarin.

Tindakan beliau itu disertai bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis).

Kecuali mereka berdua, kesemua anggota pembangkan­g dari kedua-dua parti itu bertindak meninggalk­an sidang dewan, sebagai tanda protes berhubung proses pelantikan Yang Dipertua De- wan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Pembangkan­g mendakwa proses pelantikan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat berdasarka­n peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada Setiausaha Dewan Rakyat.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO menegaskan walaupun tindakan itu dilihat melawan arus, namun beliau tidak bermaksud akan meninggalk­an parti Melayu itu.

Sesetengah pihak menyifatka­n tindakanny­a itu sebagai tidak setia kepada parti.

“Tentulah tidak... saya akan setia dengan parti saya,” katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen selepas perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, semalam.

Khairy ditanya sama ada beliau akan meninggalk­an UMNO yang kini berjuang sebagai pembangkan­g di Dewan Rakyat.

Khairy sebelum ini menjelaska­n bahawa tindakanny­a untuk kekal berada di dalam dewan kerana mahu menghormat­i majlis dan berkata keluar dewan bukan cara sesuai menyatakan bantahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia