Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar perumahan Negeri Sembilan akan ditambah baik

-

NILAI: Dasar Perumahan Negeri Sembilan akan diteruskan dan ditambah baik demi memastikan rumah mampu milik khususnya untuk golongan berpendapa­tan rendah dan belia akan terus di bina di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesejahter­aan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Teo Kok Seong berkata dasar yang menetapkan sebanyak 50 peratus rumah mampu milik dibina dalam setiap projek pembanguna­n perumahan di Negeri Sembilan itu bertujuan untuk memastikan rakyat di negeri ini mampu memiliki kediaman mereka.

“Kita akan melihat kepada segenap aspek dalam dasar itu dan ia akan diteruskan dan ditambah baik. Kerajaan baharu ini berusaha untuk mendekati rakyat dan dalam masa yang sama kita tidak mahu membebanka­n pemaju.

“Sekiranya pemaju mempunyai masalah, mereka boleh berjumpa dengan saya atau wakil kerajaan untuk kita berbincang dan mencari jalan penyelesai­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jelajah ‘Mobile Truck’ GD Pavilion Sdn Bhd di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Holdings Datuk Seri David Yeat Sew Chuong.

Dalam perkembang­an lain, Teo berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengatasi syarat pinjaman bank yang menjadi isu kepada pemilikan rumah dalam kalangan belia.

“Masalah pembeli muda ini adalah tidak layak memohon pinjaman perumahan meskipun ia kali pertama. Ini berlaku bukan sahaja kepada belia yang disenaraih­itam bahkan juga kepada mereka yang mempunyai rekod bersih.

“Kita akan berbincang dengan KPKT untuk mencari langkah penyelesai­annya. Tidak guna kita bina banyak rumah mampu milik tetapi mereka ini tidak dapat membelinya. Dalam masa yang sama kita akan meminta KPKT untuk mengkaji balik syarat pinjaman perumahan yang mengenakan bayaran 10 peratus deposit,” katanya.

Terdahulu, beliaumele­paskan konvoi Mobile Truck yang akan menjelajah ke seluruh pelosok Negeri Sembilan bertujuan mempromosi­kan pemilikan rumah mampu milik The Youth City yang dibangunka­n pemaju perumahan itu dikalangan belia dan wanita di negeri ini.

Projek The Youth City merupakan sebahagian daripada pembanguna­n bercampur GD Developmen­t Vision City bernilai RM1.3 bilion yang mengandung­i empat menara dengan 3,123 unit pangsapuri perkhidmat­an di atas tanah seluas 20 hektar di sini.

Syarikat itu yang menawarkan pangsapuri perkhidmat­an bertaraf lima bintang dan dilengkapi dengan pusat membeli belah dan rumah kelab dengan harga jualan seunit serendah RM232,618 sehingga RM591,598.

Pembeli yang berasal daripada negeri ini, mereka yang bekerja serta anak bersekolah di sini serta kepada mereka yang membuka syarikat di negeri ini layak menerima insentif tunai RM2,500 sekiranya melakukan pembelian unit rumah dalam tempoh kempen yang bermula hari ini sehingga 25 Ogos depan selain diskaun 10 peratus untuk Bumiputera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Teo (dua kiri) mendengar taklimat mengenai pembanguna­n The Youth City daripada David (kiri).
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Teo (dua kiri) mendengar taklimat mengenai pembanguna­n The Youth City daripada David (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia