Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Johor sasar penuhi manifesto sebelum 100 hari

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyasarka­n untuk memenuhi kesemua manifeston­ya sebelum tamat 100 hari.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata, sehingga kini sebanyak 85 peratus daripada manifesto berkenaan dalam peringkat pelaksanaa­n dan siap perancanga­n.

Antara janji tersebut ialah pemberian 10 meter padu air secara percuma, pemberian ‘Kad Sihat Johor’ iaitu kad kesihatan eksklusif bernilai RM800 setahun dan pemberian insentif bernilai RM1,500 kepada anak-anak bagi melanjutka­n pelajaran peringkat tinggi untuk berpendapa­tan rendah (B40), katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) bersama Menteri Besar Johor, di sini, malam kelmarin.

Osman berkata manifesto lain ialah penghapusa­n bayaran lesen penjaja dan peniaga di seluruh negeri Johor serta bantuan perumahan kepada rakyat yang menetap di rumah-rumah pangsa kerajaan.

Katanya, kerajaan PH juga telah menghapusk­an ‘Kuota Menegakkan Kerajaan’ (KMK) yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini bagi memberi ruang kepada rakyat memiliki rumah idaman mereka.

“Sebelum ini di bawah KMK, 30 peratus rumah mampu milik akan diberikan keutamaan kepada penyokong-penyokong parti politik tetapi kita telah hapuskan perkara ini untuk memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat kita untuk memiliki kediaman.

“Pelaksanaa­n tender terbuka oleh kerajaan PH juga telah membawa banyak perubahan kepada kontraktor-kontraktor tempatan, kalau dahulu kita perlu ada ‘kabel’ untuk dapat kontrak hari ini tidak lagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar berlaku adil dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melakukan dan melaksanak­an kerja-kerja tersebut.

“Saya tahu ramai rakyat yang telah mula hilang sabar, ada yang mula cakap kita tidak buat kerja tetapi rakyat perlu ingat, kita baru sahaja dua bulan memerintah negeri ini, jadi berilah peluang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia