Utusan Borneo (Sarawak)

Blind kembali ke pangkuan Ajax

-

MANCHESTER, England: Kelab Manchester United sudah bersetuju dengan terma kontrak bersama Ajax Amsterdam untuk pemain antarabang­sa Belanda, Daley Blind, kembali ke kelab dari Belanda itu, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris itu Isnin lepas.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang lahir dari akademi Ajax dan bermain lebih 100 perlawanan untuk Ajax, menyertai United pada 2014 tetapi hilang perhatian di bawah pengurus Jose Mourinho.

Blind, yang boleh bermain di beberapa posisi di bahagian pertahanan dan tengah, tiba di United dengan yuran perpindaha­n 14 juta pound selepas beraksi untuk Belanda di Piala Dunia 2014.

Bagaimanap­un, beliau bergelut mencari tempat dalam posisi pertahanan kiri dengan tempat dalam kesebelasa­n utama diisi Ashley Young dan ada banyak saingan untuk satu tempat di posisi pertahanan tengah.

Blind, yang bermain 54 kali untuk Belanda, memenangi Piala FA pad 2016 dan Liga Europa serta Piala Liga Inggeris tahun lepas tetapi tidak beraksi di final Piala FA ketika United tewas kepada Chelsea musim lalu.

Beliau memasuki tahun terakhir kontrak lima tahun di United selepas membuat 90 penampilan liga dalam empat tahun di Old Trafford tetapi hanya bermain tujuh kali musim lepas.

Blind, yang bermain keseluruha­nnya 141 perlawanan untuk United dan menjaringk­an enam gol, tidak berada dalam skuad United yang berlepas ke Los Angeles untuk jelajah pramusim ke Amerika Syarikat Ahad lepas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia